Friday, October 22, 2010

Imma Freelancer

weyhh dapat upah rm10 sebab tangkapkan gambar satu keluarga belah ibu yang datang dari muar lol tak ah ikhlas dari hati merah jambu. tapi rasanya lagi banyak melayan si anak lagi-lagi si adik daripada yang lain










these guys are soo cool playing those instrumental that i dont freaking know what it is nak tanya tapi malu lol










okay lepas da 3jam oh melampau selepas beberapa jam berposing sana berposing sini sampai beberapa kali nak jatuh dan ada sekali tu da terjatuh pun haha kami pun balik. tapi laper deng. ingat nak makan pizza kat pizza hut well i main pizza hut je cheh. nasib tak menyebelahi bila pizza hut hanya buka sehingga pukul berapa tah tak tengok pula jam pukul berapa. ah tu tak penting. teruskan misi jalan-jalan cari makan ke kfc pula. lagi sekali nasib tidak juga menyebelahi kami. kfc packed with uitm shah alams students yang poyo bajet dapat 4flat belajar dalam aircond besertakan aroma ayam goreng en kentucky. takpe takpe. masak kari guna babas ada hari kami kebas itu kfc hahaha. berpegang kepada kata-kata semangat alang-alang menyeluk saku biar sampai ke pangkal lengan(what the?) kami mengambil keputusan untuk berputus asa sahaja dan memulakan sesi makan bersama keluarga di restoran apa tah namanya lupa pula sebab bila saku penuh dengan duit kertas juga beberapa keping duit syiling sampai terlondeh saku tersebut sampai nak seluk dan ambil pun kami terpaksa menggunakan dari hujung jari hingga la ke pangkal lengan kami tidak kisah untuk makan dimana sahaja lol


wahhh.. kakak-kakak sebelah meja kami order roti gunung everest(hentam jek!)

nah. tak dapat melantak dapat melekat pun jadi

Sendiri Cari Masalah

dari tingkat atas sekali klcc aku bermarathon sampai ke bawah sekali klcc semata-mata untuk cepat tiba di kereta comel lote untuk memecahkan tingkap pintu pemandu bagi mendapatkan handphone yang ketertinggalan supaya tidak pula ketinggalan lagi sekali untuk menonton cerita hantu yang lagi sikit nak blah keluar dari pawagam sebab terlalu kelakar sehingga tidak dapat menahan diri daripada rasa hendak terkench

okay tipu terjerit-jerit macam orang gila kerana terlalu takut melihat kelibat hantu yang menonjolkan diri tanpa warning juga lagi sikit nak keluar dari skrin

tu la. nak 3D sangat kan. hambekk


reference: http://en.wikipedia.org/wiki/The_Child's_Eye

Imma Past Tense Person

ada seutas tali panjang yang memisahkan kami antara laluan ke syurga dan neraka eh laluan belah sini dengan laluan belah sana. ibu tolong angkatkan tali itu sebab kebetulan ibu jalan dulu ke depan dan kami tukang angkat beg. aku berada di tengah-tengah tengah kasihan melihat ibu mengangkat tali yang agak ketatan lalu menyuruh semua orang yang jalan santai seperti sedang berada di pantai untuk melintasi dengan gelojohnya dengan berbunyi seperti memakai microphone bersambung kepada sound system high bass

"cepat-cepat WENT through WENT through"

dah la salah. ulang dua kali plak tuh

Thursday, October 21, 2010

Exercise Makes Perfect

mula-mula berenang eh tak


mula-mula main air dengan kaki je kat tepi kolam sambil buat muka monyok menyesal lalu salahkan abang dan adik sebab tak hasut bawa baju lebih. sebab macam comel pula tengok abang berenang gaya anjing

keesokannya tengok-tengok da dalam kolam dengan abang. keesokannya lagi, datang siap bawa goggle dengan penyepit hidung lagi untuk mengecilkan balik hidung yang da kembang terlebih sebab da TERpandai berenang ish mesti la untuk mengelakkan daripada terminum lagi sekali seteguk air percuma bercampur klorin sebab satu tangan da boleh fokuskan untuk pegang bahagian tepi kolam untuk berhenti makan angin sekejap. tak payah nak picit-picit hidung da ish mesti la untuk nampak bergaya berenang bermacam-macam gaya ahha

keesokannya lagi sekali, bertiga pula membuat aksi bajet comel dalam kolam. orang kesayangan ajar floating dan berenang katak. oh terapung 2saat je tapi menggelabahnya melampaui batas dan tak boleh kangkang besar-besar untuk menggayakan aksi katak betina kejar katak jantan yang sedang kejar katak betina lain sebab saya sangat sopan-santan orangnya. juga tak boleh gayakan gaya anjing comel lari dalam air sebab saya bukan la seekor anjing.. walaupun kadang-kala macam hanjing gak perangai

balik-balik je terus tak ingat dunia dan akhirat. tapi terasa SIKIT la badan ini in shape chewaah padahal baru berenang 3x jek. tu pun bukan terus boleh berenang pun. terkial-kial mengawal berat badan mengalahkan kucing yang kelam kabut lari bila kena air

Wednesday, October 20, 2010

Jangan Nak Air-Cond Sangat-lah-kan

special request dengan ayah nak poyos-poyos drive kereta baru seorang diri sebab da dua purnama tak drive (ayah dan ibu cakap kena la drive selalu supaya dapat biasakan diri bawa kereta=alasan yang digunakan supaya ayah merealisasikan impianku selalunya mesti kena guna nama ayah dan ibu balik)

excited punya pasal sampai sanggup berpanas berpeluh malah berlencun youh. sampai je kat tempat yang da diaim awal-awal sedari semalam lagi untuk ditujui sampai tak sempat menyempat nak buka seatbelt dan keluar dari kereta walaupun da macam pre-hell sebab lagi-lagi da matikan enjin terus mengadu dekat ayah

"laa tak tekan A/C memang la panas"

Tuesday, October 19, 2010

Sabar Je La Anak

kuku kakiku kiba-kiba kati

lol

kuku kakiku tiba-tiba mati


haa baru betul hadohh. tak tau asal tiba-tiba kuku kedua kaki belah kiri mati! masa tu tak fikir lain da. nak pakai kasut 24/7 haha bila keluar je la. memang agak menakutkan bila tengok ada kuku yang mati. tanya ibu

"ibu. kuku mati ni nanti akan naik kan?"

"naik apanya. tumbuh la"

Sunday, October 17, 2010

Finally A Car

eh ehh terover excited pula tengok viva comel kecik je depan rumah. apa lagi terus la cuba try test drive dari bukit jalil lepas hantar kawan orang kesayangan. tak cukup lagi dengan tu sambung lagi pada belah malamnya dengan hantar orang kesayangan balik utm


jalan-jalan pusing kl dengan orang-orang kesayangan. lepas da dapat apa yang diingini dari dulu lagi balik tidur dengan lenanya. terima kasih yang tak terhingga sehingga akhir hayat pada orang kesayangan kerana telah membelikan kereta comel lote itu dan sudi menyokong aku yang kadang-kala tak reti menghargai sesuatu benda itu

Friday, October 15, 2010

Don't Confused Your Beautiful Mind

oleh kerana terlalu ghairah dalam mengambil berat untuk 4flat semata-mata atau dalam perkataan yang biasa student guna fokus dalam subjek cataloguing sangat aku sampai tercakap

"er cik hidayah. may i have ur.. uhm.. CALL NUMBER?"