Tuesday, November 30, 2010

Abang Borek Adik Rintik

peh seronok gila berenang macam-macam gaya. okay adik beriya ajak balik sebab dia da lapar. masa nak balik tiba-tiba mata aku ternampak tangan adik yang sedang asyik meraba-raba bear dibahunya supaya duduk betul-betul menghadap depan

"eleh cakap je haziq(bukan nama sebenar) mat jiwang, shahrul(bukan nama sebenar) mat bunga. kau tu.. mat bear"

"eh tak la. adik mat comel"

HAHAHA

Monday, November 29, 2010

Not Too Overconfident

ala cik anis tak sediakan nasi untuk I lol kau ingat kau siapa? okay la jamah la sikit nasi dan lauk-pauk yang cik anis dan cik nah buat. ada 1lauk ni yang buat aku tak tertahan lalu mengambil pinggan dan mencedok suku nasi ke dalam pinggan. lupa la apa kebenda namanya tah tapi dia ada banyak bawang, cili, kintan ke apa tah dan ada perut lembu! eh ya ke? ala yang macam karpet tuh. sebelum tu jual mahal taknak makan nasi eh I nak jadi model la! lol cik anis dan cik nah da beriya-iya suruh makan nasi rasa je lauk tuh sedap taw. masa tu aku tengah makan triffle yang aku suruh cik anis buatkan untuk aku huhu

"ya ya. DESERT dulu kan?"

cik anis yang masa tu nak naik tangga sampai nak jatuh dengar dan cik nah pula sepakat dengan abang gelakkan aku. cheh

Friday, November 26, 2010

That's The Best For Her

ingatkan dah sesat sampai ke hulu dunia tapi akhirnya sampai juga ke unisel untuk hantar jubah. ala tapi kena lepas guard dulu. okay la buka la tingkap karang nanti mak guard tu cakap aku sombong kurang ajar pula

"nak hantar jubah"

"EH KAU PERNAH BELAJAR KAT SINI KAN DULU?"

:/

Wednesday, November 24, 2010

No Money No Talk

let the words talk itselves lol


hari ni boleh dikatakan saya keluar hanya untuk menemani 'kakak' saya yang kecik ni shopping! sebab dia yang paling banyak memborong

(termasuk la baju selai untuk saya sebagai hadiah kerana da berjaya konvo). hahaha

Tuesday, November 23, 2010

Akhirnya Kini Pasti

TAHNIAH, FARAH!

YEAHH setelah setahun menunggu alhamdulillah nasib baik umur panjang aku dapat juga segulung diploma secara rasminya HAHAHA. eleh setahun tunggu kunun tapi preparation langsung tak buat. mana taknya naik pentas tak pakai kasut ish nak la juga jadi orang pertama yang naik pentas tak pakai kasut tapi mustahil cita-cita tu menjadi kenyataan kan tapi yang peliknya masa kat atas pentas tak rasa la pula kaki sakit padahal sebelum tu sanggup merempuh orang ramai celup kaki dilautan rumput dengan hanya berkaki ayam sambil kasut tergantung di tangan. lepas tu pakai selendang macam tak pernah pakai selendang. selebet gila


tengok la tak senonoh

alamak da lambat tapi kat mana nak daftar nih

graduan diploma sains perpustakaan

masa untuk masuk dewannn

terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke majlis konvo saya

terima kasih banyak-banyak

oh terharunya saya

dah habisss

yay!

hoorayy!

tak sangka abang, kak intan & adik belikan aku bunga yang ada bear haha

orang-orang kesayangan

photographer upahan:p

okay kami da penat sebenarnya haha

penat tapi seronok sangat


Thursday, November 18, 2010

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

beberapa hari lepas cuti je aku terus ke spore eleh jb je lebih. raya haji kat rumah tok mama. masa kat muar sempat lagi beli coolblog mengubat rindu da lama da minum coolblog sejak cuti semester ni dan coolblog kat mines asek tutup awal jek alasan sebab ais da habis apa jadah ais habis. okay lupakan pasal mines tak senonoh tu. da dapat coolblog idaman hati kami pergi tanjung pula. tengok monyet dari dalam kereta sebab takut la apa lagi. bukan boleh percaya sangat monyet-monyet ni


2hari lepas tu baru ke jb rumah auntie. baru la pergi spore jalan-jalan cuci mata








okay da penat jom balik. esoknya melepek kat rumah sebab penat jalan-jalan cuci mata 1hari kat spore. lepas da puas melepek kat rumah apa lagi sambung jalan lagi la. pergi tebrau city tengok movie skyline yang baru pertama kali tengok bagi mereka tapi sudah tengok pada aku




tapi sebelum nak tunggu movie kami bermula kami pergi melantak abc..



walaupun perut masing-masing da bulat sebab makan steamboat kat restoran rawa haha



the cousin got this game called xbox kinect that are soo cool! game yang paling tak boleh blah adalah game dance central which is mirror the dancer. omg kayu gila hahaha. setelah beberapa hari lepak rumah auntie kami pun balikkk. sebelum balik kl kami hantar tok mama balik muar dulu dan tidak dilupakan untuk membeli coolblog tersayang di econsave lol. oh lupa pula nak tolong promote mee bandung kat muar. sedaap gilaaa


masa otw tu ada satu kereta ni kata abang dan kak intan dan bukan kata aku sebab aku memanjang tidur haha tiba-tiba termasuk parit sebelah highway


hish gerun. gerun lagi bila abang dan kak intan tinggalkan kami bertiga terhuyung hayang berhuyung hayang dek bas-bas laju dan lori-lori besar lalu disebelah kami ngaa. bayangkan la even viva yang comel lote tu pun lalu tepi kami da berhuyung hayang kereta apa lagi bas-bas dan lori-lori tu semua. malam tiba baru kami sampai eh belum sampai rumah lagi. kami ke bangi untuk menjemput photographer upahan kami haha

Tuesday, November 16, 2010

Rabun Tahap Babun

ahhhh! aku da rabun eh aku memang da tau da aku rabun. ahhhh! mata aku da teruk. kepala pening-pening lagi sikit nak suspek apendiks lol. buka la astro prima oh cerita ni macam besh. layan la kejap habiskan masa cuti semester sebulan setengah je ni. lepas tu abang tanya

"cerita apa ni?"

"PONTIANAK plastik tepi kubur"

"mana pontianaknya?"

"ni la nak tengok ni"

beberapa babak kemudian abang suruh tukar sebab cerita melayu melampau sangat kekurangajarannya. tapi aku tak kira aku tukar balik. tiba-tiba kak intan

"bukan pontianak la farah. PONDOK"

abang pula

"p-u-n-d-e-k---"

Monday, November 15, 2010

Malu Tapi Buat Tak Tahu

ahh da lambat nak ambil jubah. mengada la nak kena buat mohe-mohe ni. sanggup tidur pukul 3 tau semata-mata untuk isi tempat kosong. da separuh jalan eh da separuh drive baru teringat yang belum print apa jadah keputusan mohe tu. da la tertera TIDAK BEKERJA betul-betul atas kertas tu huh. belok kiri cari kedai buku yang agak-agak ada servis keluar cetak(betul ke?) oh da dapat. pustaka apa tah. masuk lalu tidak menyempat pelanggan nak blah dari kaunter bertanya

"hi uh i nak print. kat sini ada print from computer tak?"

"memang print pakai komputer"

Semua Orang Naik Skyline

rasanya semua budak lelaki mahupun kaum hawa sila search di search engine seperti yahoo google dan buka youtube untuk jenguk sejenak trailer movie Skyline terlebih dahulu sebelum membeli tiket yang berharga rm7 tapi kalau guna student card dapat la murah seringgit dan sebelum masuk ke hall 2 sebab tadi tengok memang majoriti ramai lelaki daripada wanita ceh hahaha


macam biasa mesti la kena ada babak menjerit dari aku. walaupun ada geng yang agak sekepala disebelah seat bernombor 11 tetapi masih juga tidak dapat mengelakkan daripada terjerit-jerit. dia siap sound lagi yang mungkin kami berdua saja yang bising dalam hall haha

thanks babe for today


reference: http://skyline.movie-trailer.com/2010/08/skyline-movie-poster.html

Without You I’ll Never Feel The Love Inside Of Me

oh so it is BEN JELEN



shit! nak yang ben tayang 8pack tapi orang yang rakam tu terjerit-jerit histeria kagum tengok body ben kott. memang ramai juga la yang bengang dengan dia sebab spoil jek nak layan body ben haha

Saturday, November 13, 2010

Keropok Kering Ikan

tengah panaskan minyak untuk goreng keropok untuk makan tengahari untuk abang dan adik ceh. masa minyak da panas da sedia untuk menggoreng keropok abang keluar dari bilik. sambil segenggam tangan penuh dengan keropok yang da pun selamat berkembang borak dengan abang siti situ sana sini tengok-tengok keropok da hangus. omg saya takde la seteruk itu okay? well.. hampir hangus. aku pun

"asal cepat gila keropok ni masak?"

"asal? hangus?"

"ha ah"

"yang tu kau makan"

"adik la"

"kejam gila"

abang jawab

"ye la. kan keropok. kau ingat apa?"

"tapi yang lagi satu tu tebal sikit. mungkin sebab ni ikan kott"

Kuda Belang

tengah saja jalan-jalan kat dapur tiba-tiba terperasan ada sepasang sarung kaki yang macam kenal je. oh adik punya. aku pun

"lawanya stoking"

"lawa kan?"

abang menyampuk

"kenapa? belang-belang eh?"

"ha ah"

adik taknak kalah

"comel apa"

lepas itu aku

"baju belang-belang. stoking belang-belang. orang bling-bling dia blang-blang"

Wednesday, November 10, 2010

Baru Rasa Kandang Itu Best!


dalam perjalanan ke kandang untuk makan besar um ataupun melantak? order kuew teow tom yam horlicks ais roti boom dan lagi sekali order air sirap limau. masa terpaksa habiskan roti boom tu sebab semua orang taknak mati awal sebab manis gila sebab aku yang order siapa suruh sebab orang lain ada tapau roti lain sebab eh da la penat. masa nak habiskan tu memang sedap tapi dalam hati redha je la kalau tiba-tiba dapat kench manis

baru buat kejap tangan da sakit


Monday, November 8, 2010

Lepas Gian

ahh nak drive kereta. da 4hari tak drive haha. orang kesayangan A ajak pergi tasik






dan alang-alang tu orang kesayangan B pula ajak makan kat Pak Li Kopitiam. nasib baik ada makanan kegemaran aku dan sedap. sedap kat sini adalah S-E-D-A-P ya. bukan senang tau beta nak puaskan nafsu eh selera makan tau haha thanks to kak dik a

Friday, November 5, 2010

Fun Of Having Housemate

tengah khusyuk semangat dan lain-lain lagi salin balik apa yang dihafal sebiji-sebiji ikut nota. tiba-tiba kawan serumah da ada kat sebelah opocot mak kau. dia tanya tu aku jawab ni dia tanya ni aku jawab tu. kacau la tengah menelaah ni haha. lepas tu dia

"study! study! apa ni tulis lirik lagu ni"

weyhh!