Friday, January 28, 2011

Tour Guide Terhormat

paginya..

hari ni bawa member dari sarawak pegi zoo negara! sonok sangat! dia pun sonok sangat! sonok-sonok!









































Merayap Je Kerja lagi

malamnya..

hari ni ada orang banje saya midnite movie. cite apa?


terima kasih awak!



http://www.onlinemovieshut.com/online-movies/the-green-hornet-poster

Thursday, January 27, 2011

The Funny of English

tengah bosan sikit dengar en zahari mengajar kat depan tetibe terus segar bugar bila dia buat lawak

"lagging eh bukan yang legging seluar tuh"


hahaha

Wednesday, January 26, 2011

Merayap Je Kerja


nanie cabar tengok midnite movie pas berjuta kali ajak tapi tak pegi2 gak. hahha. maka dengan itu, bermidnite movie la kami beramai2 setelah berjaya dikenakan dek nanie yang menyatakan ada 2jejaka join sekali dan rupa2nya 2jejaka tersebut adalah atyn n sha. cheh penat siap cantik2 hahaha

dorang suka gila gambar ni. ehem tengok la sape yg amekk

auw!

before movie-ing

after movie-ing. khurafat stok saspen jek:/


x dapat bawa dapat posing pun jadi le kan kann geng

babe jangan pegang nanti kena saman. haha

cari barang ke babe? hihi

1, 2, 3! makanggg

pemenangnya adalahhh ATYN! haha


okay cenderahati utk korang. teehee:)



http://www.budiey.com/sinopsis-trailer-movie-still-poster-info-filem-khurafat/

Saturday, January 22, 2011

Tiada Smart Tag

hari tu tak habis2 gelakkan adik sebab tak pegang smart tag. lalu2 je TIADA SMART TAG. lalu2 je TIADA SMART TAG. okay karma tu betul2 berlaku. kali ni giliran aku pula lalu2 je TIADA SMART TAG. wah sangat malu! da la viva jek. ni mesti bajet audi haha. ngan muka malu terpaksa undur-_-' undur lagi oh kena undur lagi. kete belakang da berbulu jekk. okay checked! tekan minyak. tapi masa tu tak pasan masih di mode R. ahh lagi sikit nak berentap. nasib kaki superman sempat tekan brek. dan nasib juga ada P ukuran JPJ adik hahaha. so takde ah kedut sangat sebab at least orang akan fikir ooh baru dapat P budak ni


haha

Thursday, January 20, 2011

Takde Kerja
















awat seme gambar jek? saja biarkan gambar pula yg bercerita


k bye

Cerita Faster Tapi Lembab

semalam kitorang pegi tengok midnite movie. mula-mula nak tengok Gulliver's Travels tuh. tapi seat berterabur. try movie lain pula. eh ada. cantik punya 1baris kosong. muat la untuk kitorang.. yang cuma berempat haha. ingatkan kitorang yang lambat. rupanya wayang lagi lambat.. walaupun movie yang kita orang nak tengok tajuk dia FASTER


then abang cakap

"eh bukan da start ke?"

but then haziq lagi tak boleh blah

"eh bukan da habis ke?"

"hahahaha!"




reference: http://www.movieweb.com/news/official-faster-poster

Tuesday, January 18, 2011

Budak Zaman Sekarang

petang ni jalankan projek jalan2 kat taman. nak joging serious shit malas. lagipun kelas packed ah. xnak ah nati penat sangat plak. cukup ah just jalan2 kuar waktu petang amek angin. tengah jalan2 tiba2 terdengar ada orang kayuh basikal eh betul. comel pula tuh. kecik je tayar dia haha. aku pun

"cepat. cepatt"

dia pun semangat la kayuh cepat2. bila dia da lepas aku boleh plak dia

"yeay menang. da lepas"



hey la budak ni. hahha

Sunday, January 16, 2011

Pre-Khurafat

on the way balik puncak. da la sorang2. da la malam2. da la kete viva je. eh apa kena mengena ngn viva? tak bersyukur betul. astagfirullah al azimm. radio skang makin bosan. iklan je manjang. wa nak dengar lagu stick like glue la hahaha. okay berhenti kat hotfm sebab ada carta apa tah. boleh tunggu lagu tomok plak. teehee. tapi instead of tomoks song wa dapat momoks feeling. hey choy la! boleh plak dorang mainkan trailer movie khurafat kat radio. sape kata dengar kat radio tak tengok kat tb kat wayang tak thrill? thrill wohh. aku yang pada mulanya begitu yakin imanku tebal mampu bertahan dengar bunyi2 tu seme saja nak cuba try test tengok tahan tak nak duduk sorang2 dalam kete waktu malam2 dengar trailer cite seram tus tukar radio lain-_-'


tapi takde la sapai tahap tutup radio tus. hahaha

Saturday, January 15, 2011

Best Birthday Ever!

semalam ibu call tanya nak pegi makan kat restoran pusing or nak duit? well saya dengan penuh peribahasa perancis haha tanya ibu balik kalau nak duit boleh tak. nak beli handphone baru sebab handphone ni da rosak-rosak. hey dapat la!


TADAA!






terima kasih ayah ibu. juga terima kasih abang sebab tolong settlekan semuanya:)

Friday, January 14, 2011

Pakwe Atlet Cambesh

lepas makan-makan kat penang village putrajaya sempena meraikan my belated bday hey tak wish kan hahha kita orang singgah stadium upm jap. sebab pelik asal lampu stadium terbuka. ayah bising membazir jek. tau la ayah pegawai kat upm-_-' rupa-rupanya ada sukan apa tah tengah berlangsung. macam syiok plak tengok dorang lompat tinggi


tiba-tiba aku

"bu. kalau cari boyfriend atlet okay x? macam besh jek"

"xnak la"

pastu abang menyampuk

"jangan. nanti tv hijau jek"



eh ehh dorang perli ayah. tapi ayah cool jek haha

Thursday, January 13, 2011

Melatah Menyeronokkan

ohh sukanya sukanya dapat lecturer yang sporting dan gila klaka gila. 24/7 gelak jek. tak penahnya nak siyes. okay tiba-tiba haus cheh cakap je la nak minum air sebab nak kurus. tah macam mana tah tangan aku nak buka penutup botol tu boleh pula penutup tu jatuh dan boleh pula mulut aku tersasul 'oh mami' yang mana kebetulan masa tu aku duduk kat sebelah yang memang kaki melatah. dia pula boleh terlatah 'oh mak kau' yang mana juga kebetulan tu lecturer tu dengar dan terus tanya

"mak aku?"


terganggu kejap kelas masa tu haha

First Gladiator Heels

siangnya..

kakak Rahainah Najwa la punca saya beli ni;



tapi jenis yang terbuka di tumit -_-'



dan yang berbutang-butang -_-"



tapi dulik hape tuh sumeh! kasut pakai kat kaki dan kaki di bawah. takde sape nak tengok sangat punya la





k bye nak jenjalan

Wednesday, January 12, 2011

Kelajuan Boleh Membunuh

malamnya..

nak balik malam la haha cakap je la terpaksa balik malam sebab esok pagi ada kelas pukul 9pagi. ingatkan nak bawa pelan-pelan sebab jam baru menunjukkan pukul awal lagi. hahaha. tapi tak jadi sebab ada 1myvi ni kerek gila. wa mana tahan beb. hati wa mendidih wa cakap sama lu. apa lagi. wa tekan ah minyak sampai 100 km/j. padahal jalan kat situ bahaya kot kalau nak speed up. tapi disebabkan ketidakpuashatian wa tadi tu wa tibai beb. wa tak kira. janji wa menang. tapi tuhan marah. sebab tiba-tiba ada 1wira masuk seberang jalan. wa apa lagi. brek ah kan. sampai tayar wa botak beb sebab brek mengejut. wa pun apa lagi. panas hangin je hati. da la wa da kalah haha. wa hon sepanjang jalan tanpa menghiraukan orang sebelah depan belakang. lepas tu wa bawa 40 km/j je


biar lambat asal selamat. tapi lecturer kata skang da tak boleh guna da. skang kita guna sape cepat dia dapat:/

Tuesday, January 11, 2011

Monday, January 10, 2011

Basuh Baju Pakai Air Kosong

tak tau asal hari ni sangat malas untuk mencangkung dalam bilik air sambil mengentel baju busuk masam yang berlembang dalam baldi ping I tuh. so decide basuh mesin je. ala 2ringgit 50sen je pun. apekedehal. okay semangat eh tak. okay sanggup tebal muka bawa turun baldi ping I tuh dari tingkat 5. okay semangat jirus baju terus dari baldi. makna kat sini tak angkat 1baju per 1baju malah angkat dengan gagahnya angkat baldi ping I tuh campak kat dalam mesin. okay tutup mesin. okay cari dompet dalam beg. okay da jumpa. okay buka tempat duit syiling. okay kira cukup tak 2ringgit 50sen. okay cukup. okay masukkan 5kupang. seterusnya 2kupang. 1kupang. lagi 1kupang. 2kupang lagi. 5kupang balik. okay da 2ringgit 50sen cash. lepas tu?

terus blah tanpa letak sabun basuh dan pelembap


ish ish ish ish ishh ish ishhh

Saturday, January 8, 2011

Commander Instead Of Commando

ahh kalau tidak kerana taklimat koku yang tak sempat menyempat buat lepas zohor nak jugak pukul 4seteng aku masih melepek kat umah gula lagi tau. cheh tak eklas. memang pun. tapi bab pakai tudung bawal wane putih tuh I semangat okay walapun tudung tu I baru beli mahal okayh 20hengget 90sen heh. blablablaa sapai kat part kesatria tiba-tiba aku bertanya kemusykilan pada seseorang

"kenapa taknak jadi komando?"

"komander la"


haa yaa komander

Friday, January 7, 2011

Peraian Adik Yang Seorang

adik dapat 3.93 untuk semester pertama dia. omg kena challenge dengan ayah boleh potong tak. insya Allah boleh.. la sangat. haha. okay kitorang decide nak makan dominos pizza. alang-alang kak intan pun ada so abang, kak intan n adik sendiri pegi putrajaya beli dominos. rasanya macam first time makan dominos.. setelah bebape tahun tak jejak kaki ke dominos



superbbbrrp!

Thursday, January 6, 2011

Kenapa Nobita Takut Nak Datang Malaysia? Sebab Ada Giant

waah! semangat nak pegi giant nak beli tu beli ni. bila da dapat tu dapat ni semangat plak nak beli coolblog. mungkin kepala otak da duk pikir bubble pearl dalam coolblog tu tiba-tiba plastik yang berisi benda tu benda ni tu terlepas daripada tangan O_O' ada mamat comel kat kiosk apa tah tak perasan sebab perasan kecomelan dia jek. oh ya dan juga kemaluan saya. haishh. okay kutip satu-satu benda tu benda ni yang berterabur sebab jatuh tapi! lagi sekali nasib menimpaku. walaupun kali ni bukan 1plastik yang jatuh tapi 1benda yang jatuh. kelepang pak pok benda tu jatuh. dengan muka da tebal setebal clown di sarkas aku kutip la dan masih meneruskan perjalanan ke kiosk coolblog walaupun keberangkalian untuk jumpa mamat comel tadi tu tinggi sekali

cashier tu punya pasal la. tak reti susun barang dalam palstik. makan gaji buta jek

Yang Jauh Asyik Teringat Yang Dekat Tak Teringat

uish tengah sedap-sedap ushar mamat-mamat yang berpotensi untuk dijadikan suami serta merta haha boleh pula terushar bekas pensyarah sekali. nasib baik dia dah kahwin. tapi dalam sesi jejak kasih yang berlangsung tak sampai 10minit tu aku boleh TERsebut En F*r*z instead of En H*f*z


p/s:
sejak 2menjak 3menjak ni asyik ternampak orang botak je. petanda kot? agagag

Wednesday, January 5, 2011

Air Soya Saya

apa yang anda rasa bila anda minum air soya yang anda beli dekat tepi fakulti anda dan sedang anda sedap punya menikmati air tersebut tiba-tiba anda rasa seperti ada benda di dalam mulut anda dan anda dapati benda tersebut adalah SERANGGA yang agak besar?

jawapan anda mewakili saya


sekian terima kasih

Tuesday, January 4, 2011

Ringan Mulut

ahh! terjumpa ex-housemate masa muda-muda dulu eh overnya masa mula-mula dulu haha kat puncak perdana. breast to breast tu haruslah kan. da puas breast to breast tu aku pun tanya la dia

"buat apa sekarang?"


choy la