Thursday, January 20, 2011

Cerita Faster Tapi Lembab

semalam kitorang pegi tengok midnite movie. mula-mula nak tengok Gulliver's Travels tuh. tapi seat berterabur. try movie lain pula. eh ada. cantik punya 1baris kosong. muat la untuk kitorang.. yang cuma berempat haha. ingatkan kitorang yang lambat. rupanya wayang lagi lambat.. walaupun movie yang kita orang nak tengok tajuk dia FASTER


then abang cakap

"eh bukan da start ke?"

but then haziq lagi tak boleh blah

"eh bukan da habis ke?"

"hahahaha!"




reference: http://www.movieweb.com/news/official-faster-poster

Tuesday, January 18, 2011

Budak Zaman Sekarang

petang ni jalankan projek jalan2 kat taman. nak joging serious shit malas. lagipun kelas packed ah. xnak ah nati penat sangat plak. cukup ah just jalan2 kuar waktu petang amek angin. tengah jalan2 tiba2 terdengar ada orang kayuh basikal eh betul. comel pula tuh. kecik je tayar dia haha. aku pun

"cepat. cepatt"

dia pun semangat la kayuh cepat2. bila dia da lepas aku boleh plak dia

"yeay menang. da lepas"



hey la budak ni. hahha

Sunday, January 16, 2011

Pre-Khurafat

on the way balik puncak. da la sorang2. da la malam2. da la kete viva je. eh apa kena mengena ngn viva? tak bersyukur betul. astagfirullah al azimm. radio skang makin bosan. iklan je manjang. wa nak dengar lagu stick like glue la hahaha. okay berhenti kat hotfm sebab ada carta apa tah. boleh tunggu lagu tomok plak. teehee. tapi instead of tomoks song wa dapat momoks feeling. hey choy la! boleh plak dorang mainkan trailer movie khurafat kat radio. sape kata dengar kat radio tak tengok kat tb kat wayang tak thrill? thrill wohh. aku yang pada mulanya begitu yakin imanku tebal mampu bertahan dengar bunyi2 tu seme saja nak cuba try test tengok tahan tak nak duduk sorang2 dalam kete waktu malam2 dengar trailer cite seram tus tukar radio lain-_-'


tapi takde la sapai tahap tutup radio tus. hahaha

Saturday, January 15, 2011

Best Birthday Ever!

semalam ibu call tanya nak pegi makan kat restoran pusing or nak duit? well saya dengan penuh peribahasa perancis haha tanya ibu balik kalau nak duit boleh tak. nak beli handphone baru sebab handphone ni da rosak-rosak. hey dapat la!


TADAA!






terima kasih ayah ibu. juga terima kasih abang sebab tolong settlekan semuanya:)

Friday, January 14, 2011

Pakwe Atlet Cambesh

lepas makan-makan kat penang village putrajaya sempena meraikan my belated bday hey tak wish kan hahha kita orang singgah stadium upm jap. sebab pelik asal lampu stadium terbuka. ayah bising membazir jek. tau la ayah pegawai kat upm-_-' rupa-rupanya ada sukan apa tah tengah berlangsung. macam syiok plak tengok dorang lompat tinggi


tiba-tiba aku

"bu. kalau cari boyfriend atlet okay x? macam besh jek"

"xnak la"

pastu abang menyampuk

"jangan. nanti tv hijau jek"



eh ehh dorang perli ayah. tapi ayah cool jek haha

Thursday, January 13, 2011

Melatah Menyeronokkan

ohh sukanya sukanya dapat lecturer yang sporting dan gila klaka gila. 24/7 gelak jek. tak penahnya nak siyes. okay tiba-tiba haus cheh cakap je la nak minum air sebab nak kurus. tah macam mana tah tangan aku nak buka penutup botol tu boleh pula penutup tu jatuh dan boleh pula mulut aku tersasul 'oh mami' yang mana kebetulan masa tu aku duduk kat sebelah yang memang kaki melatah. dia pula boleh terlatah 'oh mak kau' yang mana juga kebetulan tu lecturer tu dengar dan terus tanya

"mak aku?"


terganggu kejap kelas masa tu haha

First Gladiator Heels

siangnya..

kakak Rahainah Najwa la punca saya beli ni;



tapi jenis yang terbuka di tumit -_-'



dan yang berbutang-butang -_-"



tapi dulik hape tuh sumeh! kasut pakai kat kaki dan kaki di bawah. takde sape nak tengok sangat punya la





k bye nak jenjalan

Wednesday, January 12, 2011

Kelajuan Boleh Membunuh

malamnya..

nak balik malam la haha cakap je la terpaksa balik malam sebab esok pagi ada kelas pukul 9pagi. ingatkan nak bawa pelan-pelan sebab jam baru menunjukkan pukul awal lagi. hahaha. tapi tak jadi sebab ada 1myvi ni kerek gila. wa mana tahan beb. hati wa mendidih wa cakap sama lu. apa lagi. wa tekan ah minyak sampai 100 km/j. padahal jalan kat situ bahaya kot kalau nak speed up. tapi disebabkan ketidakpuashatian wa tadi tu wa tibai beb. wa tak kira. janji wa menang. tapi tuhan marah. sebab tiba-tiba ada 1wira masuk seberang jalan. wa apa lagi. brek ah kan. sampai tayar wa botak beb sebab brek mengejut. wa pun apa lagi. panas hangin je hati. da la wa da kalah haha. wa hon sepanjang jalan tanpa menghiraukan orang sebelah depan belakang. lepas tu wa bawa 40 km/j je


biar lambat asal selamat. tapi lecturer kata skang da tak boleh guna da. skang kita guna sape cepat dia dapat:/

Tuesday, January 11, 2011

Monday, January 10, 2011

Basuh Baju Pakai Air Kosong

tak tau asal hari ni sangat malas untuk mencangkung dalam bilik air sambil mengentel baju busuk masam yang berlembang dalam baldi ping I tuh. so decide basuh mesin je. ala 2ringgit 50sen je pun. apekedehal. okay semangat eh tak. okay sanggup tebal muka bawa turun baldi ping I tuh dari tingkat 5. okay semangat jirus baju terus dari baldi. makna kat sini tak angkat 1baju per 1baju malah angkat dengan gagahnya angkat baldi ping I tuh campak kat dalam mesin. okay tutup mesin. okay cari dompet dalam beg. okay da jumpa. okay buka tempat duit syiling. okay kira cukup tak 2ringgit 50sen. okay cukup. okay masukkan 5kupang. seterusnya 2kupang. 1kupang. lagi 1kupang. 2kupang lagi. 5kupang balik. okay da 2ringgit 50sen cash. lepas tu?

terus blah tanpa letak sabun basuh dan pelembap


ish ish ish ish ishh ish ishhh

Saturday, January 8, 2011

Commander Instead Of Commando

ahh kalau tidak kerana taklimat koku yang tak sempat menyempat buat lepas zohor nak jugak pukul 4seteng aku masih melepek kat umah gula lagi tau. cheh tak eklas. memang pun. tapi bab pakai tudung bawal wane putih tuh I semangat okay walapun tudung tu I baru beli mahal okayh 20hengget 90sen heh. blablablaa sapai kat part kesatria tiba-tiba aku bertanya kemusykilan pada seseorang

"kenapa taknak jadi komando?"

"komander la"


haa yaa komander

Friday, January 7, 2011

Peraian Adik Yang Seorang

adik dapat 3.93 untuk semester pertama dia. omg kena challenge dengan ayah boleh potong tak. insya Allah boleh.. la sangat. haha. okay kitorang decide nak makan dominos pizza. alang-alang kak intan pun ada so abang, kak intan n adik sendiri pegi putrajaya beli dominos. rasanya macam first time makan dominos.. setelah bebape tahun tak jejak kaki ke dominos



superbbbrrp!

Thursday, January 6, 2011

Kenapa Nobita Takut Nak Datang Malaysia? Sebab Ada Giant

waah! semangat nak pegi giant nak beli tu beli ni. bila da dapat tu dapat ni semangat plak nak beli coolblog. mungkin kepala otak da duk pikir bubble pearl dalam coolblog tu tiba-tiba plastik yang berisi benda tu benda ni tu terlepas daripada tangan O_O' ada mamat comel kat kiosk apa tah tak perasan sebab perasan kecomelan dia jek. oh ya dan juga kemaluan saya. haishh. okay kutip satu-satu benda tu benda ni yang berterabur sebab jatuh tapi! lagi sekali nasib menimpaku. walaupun kali ni bukan 1plastik yang jatuh tapi 1benda yang jatuh. kelepang pak pok benda tu jatuh. dengan muka da tebal setebal clown di sarkas aku kutip la dan masih meneruskan perjalanan ke kiosk coolblog walaupun keberangkalian untuk jumpa mamat comel tadi tu tinggi sekali

cashier tu punya pasal la. tak reti susun barang dalam palstik. makan gaji buta jek

Yang Jauh Asyik Teringat Yang Dekat Tak Teringat

uish tengah sedap-sedap ushar mamat-mamat yang berpotensi untuk dijadikan suami serta merta haha boleh pula terushar bekas pensyarah sekali. nasib baik dia dah kahwin. tapi dalam sesi jejak kasih yang berlangsung tak sampai 10minit tu aku boleh TERsebut En F*r*z instead of En H*f*z


p/s:
sejak 2menjak 3menjak ni asyik ternampak orang botak je. petanda kot? agagag

Wednesday, January 5, 2011

Air Soya Saya

apa yang anda rasa bila anda minum air soya yang anda beli dekat tepi fakulti anda dan sedang anda sedap punya menikmati air tersebut tiba-tiba anda rasa seperti ada benda di dalam mulut anda dan anda dapati benda tersebut adalah SERANGGA yang agak besar?

jawapan anda mewakili saya


sekian terima kasih

Tuesday, January 4, 2011

Ringan Mulut

ahh! terjumpa ex-housemate masa muda-muda dulu eh overnya masa mula-mula dulu haha kat puncak perdana. breast to breast tu haruslah kan. da puas breast to breast tu aku pun tanya la dia

"buat apa sekarang?"


choy la

Saturday, January 1, 2011

2011 Sudah Sampai!

apa nih? sisa bunga api tahun baru tadi -_-'

SELAMAT TAHUN 2011 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

I LOVE HIM!


tiba-tiba i love him


oh btw have u tried this satay?



hey u shud! shedaapp

Pengaruh Lagu Omputeh

salunya kalau kita tengah mamai sebab baru bangun atau tersedar daripada tidur secara tiba-tiba kita akan cakap sesuatu di luar kawalan mulut kita kan? sama la kita haha. awal pagi tadi ayah kita masuk bilik sebab nak ambil beg golf dia kita yang tersedar tanpa disedari telah menyanyi bertanya sejibik da macam adam lambert

"wataya want fom me"


napak sangat tido tak baca doa

Thursday, December 30, 2010

Sayangilah Orang Yang Tersengal

ayokk da lambat nak berenang. duduk kat meja yang paling dekat dengan kolam.. dan tangga haha. aku orang pertama masuk. abang yang tengah beratur nak turun ikut tangga juga

"cepat la. macam cinderella"

okay aku da selamat merasmikan kolam

giliran abang pula. da sedap landing kat tangga tiba-tiba

"ala seluar basah"


lol la abang



da sampai rumah mungkin sebab ibu cemburu tengok kami bermesra di kolam tadi lalu bertanya

"eh berenang berpeluh tak?"

aku dan adik jawab tak. lenguh je ada la. tapi abang dengan selamba rodok dia je

"eh peluh la. penuh je kolam"


lol kuasa dua la abang

Wednesday, December 29, 2010

Dasar Darah Pemuzik

tengah jalan-jalan pilih barang mana yang akan memenuhkan troli carefour dan menipiskan dompet tiba-tiba ternampak kotak biru berisi acuan brownies. wow harus beli ini. masakkan untuk ayah ibu sebab tinggal beberapa hari lagi je nak mula semester baru cheh. tapi adik pula gedik nak cookie sebab da selalu buat dan hasilnya ciput jek. okay kita cuba buat cookie pula. adik pun ambil kotak berisi acuan cookie tersebut lalu

"cuba tengok ada lirik tak"

Saturday, December 25, 2010

Bersemuka Dengan Menara Kuala Lumpur

ibu eksaited ajak pegi ke.. shud I say ajak ikut pegi opis baru ibu haha. okay pegi la. lagipun takde aktiviti sosial yang nak kena attend. lol. kali ni bilik timbalan pengarah milik ibu besh sebab ada 3-seat sofa untuk aku melingkur yay. okay tetibe aku pula eksaited nampak para bangunan yang bersepah


pagi around 11++. sangat pagi yang cerah kini sudah terang


tetibe pukul 1649 WARNA berubah hey CUACA la



sebelum balik tu aku request kat ibu nak starbucks lagi. okay ibu bagi duit haha. order tu order ni tetibe this one barista, she said 'u look younger' to me. then I was like 'HEY I LOVE U. how bout u?'. she answered me by saying 'im 19'. lepas tu the other barista, out of a sudden he interrupted the conversation by saying 'im 18' haha

skang layan green tea teehee

Thursday, December 23, 2010

Menyelam Sambil Minum Air

semangatnya la berenang setelah lama meninggalkan aktiviti berenang-selepas-waktu-maghrib ni haha. tengah syiok-syiok berenang gaya anjing-bajet-comel tiba-tiba kawan yang nak terapung tapi tak berani dengan memberi alasan bontot kecil bontot taknak naik padahal takut tenggelam haha cakap

"go and set"

hahaha

Bukan Bodoh Tapi Kurang Pandai

sebelah petang

hari ni saya buat amal jariah belanja kawan yang akan bertunang tahun baru akan datang ni cheh padahal memang da janji lama da. sampai-sampai, masuk-masuk, beratur-beratur, order-order, makan-makan, borak-borak, gosip-gosip, tengok-tengok da pukul 1830++. saya pun macam pelik lalu

"warna macam awal lagi"

"warna wak lu. cuaca dowh"


eh ha ah kan? hahaha

Wednesday, December 22, 2010

Sabar Je La Anak Weyh

sebelah malam

oleh kerana baik sangat belanja kawan yang nak bertunang betul-betul eh mesti la bertunang betul-betul eh diam la tak habis cakap lagi. oleh kerana baik sangat belanja kawan yang nak bertunang betul-betul satu hari bulan satu dua kosong satu satu ni petang tadi. maka malamnya aku hanya teman ibu, abang dan adik makan di


ibu jahat sebab offer makan sekali. tapi aku

"farah nak ratah kuah je"

"hirup kuah"


haa hirup kuah. haha

What's In Your Bag?

these are in my bag for this moment


what is in urs for some time?

Tuesday, December 21, 2010

Swift Ke Saga?

abang beli suzuki swift dan bukannya proton saga SE seperti yang telah diuar-uarkan ke pelosok umah? siap promote PROSBOC lagi. tapi takpe. padan muka kena bayar seribu seteng tiap bulan kat ayah ibu. tengok farah. pakai viva jek. tapi tak payah bayar pape pun:p

Sunday, December 19, 2010

Sabar Je La Anak Oi

eh roti tinggal lima keping. winny pun ada lagi. tengah syok menyapu coklat atas roti yang sedikit keras sebab da tinggal hujung-hujung tiba-tiba ibu datang duduk kat sebelah. nak juga la tuh. eh betul haha

"ibu amek yang ekor ehh"

"ekor pula. bontot la"

kan lebih elok EKOR daripada BONTOT? ibu ni lucah la

Friday, December 17, 2010

Rambut Adalah Mahkota Wanita

ya sangat mahkota kan? lol


okay saya tau tak baik tunjuk-tutup rambut untuk tatapan banyak orang lagi-lagi yang bukan muhrim ehem

tapi saya tau

lagi mahkota jika disimpan rapi dalam pashmina lalu digayakan mengikut video tutorial Hana Tajima


soon:)

Tuesday, December 14, 2010

Bawa-Bawalah Bertaubat


hari ni ke klinik seperti gambar rajah diatas untuk mengambil kembali sangkar yang menempatkan chiki sepanjang perjalanan untuk dirawat. sebab tak boleh pegang sebab ada virus yang akan menyebabkan kemudaratan kepada manusia. da la takde disisi chiki masa nak tidurkan tu. da tu boleh pula cakap kat ayah

"lepas ni arnab pula"

..bila nampak ada 4ekor arnab dalam 1sangkar:/

Monday, December 13, 2010

It's Time To Say Goodbye

pagi ni ayah telefon dan menyatakan yang bahawasanya haiwan peliharaan aku yang satu terpaksa ditidurkan hanya kerana virus yang telah menyerangnya. kini CHIKI hanya tinggal nama


gonna miss him.. specially abang sebab chiki selalu jemput dan teman abang kat luar untuk kunci motor dan pagar serta pintu bila abang balik lewat malam juga adakalanya lewat pagi baru balik

2 3 Kucing Berlari


..mana kan sama si kucing yang kuberi makan roti berinti jagung. wah gituh youh! disebabkan salah informasi aku dengan kawan telah membuang masa kami dengan memberikan khidmat sosial kepada seekor kucing yang kami jumpa di kolej melati. comel sampai terus jatuh cinta pandang pertama haha







motif gambar?

saya pemain yang baik!:D

Makan Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan

pada suatu petang yang redup

kesan daripada memberi roti berintikan jagung pada kucing, ada kucing besar yang sama warna dengan kucing yang aku dan kawan aku bagi makan roti berintikan jagung tadi melintas laju depan kami. aku pun

"eh da besar!"

hahaha

Saturday, December 11, 2010

Hargailah Para Penyokong

pada suatu pagi yang cerah

ah bosan. kawan pun ajak tengok game. bola tampar pun jadi la. tiba-tiba teringat masa praktis bola tampar kat sekolah ah bola sampai naik ke muka. wilayah timur lawan wilayah utara. tengah syok woo-wah woo-wah tiba-tiba terburai gelak bila ada seorang mamat ke pak cik(?) cakap

"tangan pegang macam nasyid"

Happy Tee Friends

pada suatu malam yang gelap


jumpa tak dirancang. tak dirancang sebab kalau rancang mesti takkan jadi. sebab tu cakap tak dirancang walaupun memang awal-awal da rancang nak jumpa. siap rancang nak main ice skating lagi. yang tu pun tak jadi sebab sampai-sampai je da petang lol. jumpa-jumpa je terus breast-to-breast. bila tengok tiga-tiga baju sepesen jek lagi kecoh dibuatnya

nampak sangat kita ada jodoh. auw

Friday, December 10, 2010

Happy 25th Anniversary

..to my beloved parents for their 25-year marriage! gila sekejap je. agak-agak dapat tak aku hidup dengan bakal suami aku selama itu? semoga ayah dan ibu mencapai 50 tahun perkahwinan. amin. dengan itu, ayah telah merancang untuk melantak kat restoran pusing kat menara kuala lumpur tapi macam biasa la. jangan merancang-merancang(eh?) tak jadi sebab mahal sangat. mungkin cuti sekolah kott. akhirnya kata putus telah diputuskan kami melantak di restoran saba kat cyberjaya


tapi sepanjang masa tu macam aku pula yang meraikan 25tahun perkahwinan sebab menjadi yang paling kecoh kat situ

Wednesday, December 8, 2010

Menyambut Kepulangan Haji Dan Hajah

asek delay delay delay. tapi alhamdulillah syukur kehadrat illahi sebab ayah ibu selamat sampai. dan ayah ibu kelihatan sangat gembira. sayang ayah dan ibu ketat-ketat

ayah lain sangat. ibu maintain jelita huhu


gaya seperti bergambar bersama artis kesayangan


muka 'budak-budak' la yang paling terserlah. seronok sebab semuanya jalan dengan lancar

Tuesday, December 7, 2010

Merah Menyala Oh Jantungku


sempena nak menyambut kepulangan ayah dan ibu yang mengerjakan ibadah haji keesokan harinya, tok mama bercadang untuk membuat telur berperisa sirap! lol tok mama semangat nak siapkan cepat-cepat supaya ibu masuk rumah je tengok-tengok je da ada kat depan. dan aku yang semangat menolong pun sampai tak perasan sirap jalan ke kaki sampai achik tegur

"bila pakai inai kat kaki tuh?"

"eh da lama la. raya hari tu lagi"

"tuu kat bawah tapak kaki tu"

angkat kaki tengok terus menjerit. lagi menjadi-jadi bila auntie ain cakap da macam orang india kahwin yang nak masuk rumah mak mentua. ngaa

Monday, December 6, 2010

Define Science

tengah kemas-kemas peti ais buang mana yang tak patut apa lagi yang patut. tiba-tiba ternampak satu benda alah ni


kacau adik sepupu cakap ada kek untuk dia. dan dia percaya!

oh menarik gila

Gunakan Setiap Kesempatan Yang Ada

setiap kali balik cuti sem bilik mesti ya Allah tak payah cakap la. kang jatuh saham eh ehh haha. semangat nih kemas macam cuti-cuti semester yang lepas. auw tapi oleh kerana katil saya katil bujang je dan bukan king oh yang tu tunggu da kahwin nanti insya Allah;) semua teddy bear saya terpaksa saya dudukkan mereka di kerusi kayu jati milik ibu saya yang saya pinjam senyap-senyap dari ruang tamu hikhik




oleh kerana saya telah berjaya menyeludup kerusi ibu, maka dengan ituh, saya merewardkan diri yang dengan meratah sebiji eh melampau la tuh. abang pun nak sikit. dengan meratah separuh buah tembikai merah

muka puas

HAHAHA

Friday, December 3, 2010

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

oh tajuk tiada kena mengena langsung. abaikan. hari ni pergi maha sebab adik kesayangan beria-ia ajak temankan dia agagag


dan adik juga dipaksa untuk jadi photographer bagi kamera kami yang sangat 'lokel' gituh ekekek

ehem nak saya tolong zoomkan ke?



nak tu nak ni nak nu okay nak semua


oit perut tuh!

ish banyak lagi sebenarnya. tapi cukup la saya da tunjukkan jefarafawatfa dan pefarutfa saya. sekian

Wednesday, December 1, 2010

Oh Maafkan Gue

..sebab punya la baru tahu yang O.M.G yang selalu-ibu-cakap-macam-kat-iklan tu rupa-rupanya


OH MENARIK GILA!


HAHAHA


see also
11.10.10 - OMG!
O . M . G bukan OH MY GOD, tapi..

Kereta-Kereta Malaysia

nak pergi berenang lagiii. belok kiri untuk ke putrajaya ya. masa nak belok ke kiri tu ada 1kereta ni kelisa jek eh comel pula. masa belok ke kiri tu abang potong dia ye la da dia terkedek-kedek siapa suruh ala lagipun kebetulan kat depan ada lori sebab tu dia bawa perlahan. tiba-tiba da lepas dari simpang dia potong kami balik. abang pun ajuk dia

"ala kau viva je nak potong aku yang bawa kelisa"

"hahaha"

tiba-tiba aku nampak dia pun potong myvi dan sudah semestinya kami pun potong dia juga. aku pula ajuk dia

"da kau myvi diam. ni antara aku dengan viva"

"hahaha"

dia masuk lorong tengah kami pun masuk lorong tengah. tah apa yang berlaku tiba-tiba lembab la pula kereta depan ni. kami pun ke lorong kanan untuk memotong kereta yang lemb itu. dan masa itu juga kami nampak kelisa yang memotong kami lagi sekali tadi tu juga ke lorong kanan seakan TIDAK MAHU KALAH dengan viva kami hahaha

"eh abang tengok kelisa tuh. dia tak bagi kita potong dia oh"

oh nak lawan ya? kami tak layan. kami masuk balik ke lorong tengah sebab kami da pun berjaya potong kereta yang lemb tadi tu

"eh kelisa tu pun masuk lorong tengah juga la"

tiba-tiba ada kancil pula yang potong kami dan masa tu pula kami nampak yang kelisa tersebut cepat-cepat ke lorong kanan tapi hanya sementara sebab baru dia tahu yang kereta di lorong kanan tu kereta kancil dan bukan kereta viva kami. lalu dia pun masuk semula ke lorong tengah. abang masih dengan mood ajuk kelisa tu

"oh bukan viva tadi"

"hahaha"

masa nak balik pula kami menghadapi situasi yang sama cuma kereta yang berlainan. jika tadi KELISA VERSUS VIVA tapi kali ni

VIVA VERSUS SAVVY

to be continued xD

Tuesday, November 30, 2010

Abang Borek Adik Rintik

peh seronok gila berenang macam-macam gaya. okay adik beriya ajak balik sebab dia da lapar. masa nak balik tiba-tiba mata aku ternampak tangan adik yang sedang asyik meraba-raba bear dibahunya supaya duduk betul-betul menghadap depan

"eleh cakap je haziq(bukan nama sebenar) mat jiwang, shahrul(bukan nama sebenar) mat bunga. kau tu.. mat bear"

"eh tak la. adik mat comel"

HAHAHA

Monday, November 29, 2010

Not Too Overconfident

ala cik anis tak sediakan nasi untuk I lol kau ingat kau siapa? okay la jamah la sikit nasi dan lauk-pauk yang cik anis dan cik nah buat. ada 1lauk ni yang buat aku tak tertahan lalu mengambil pinggan dan mencedok suku nasi ke dalam pinggan. lupa la apa kebenda namanya tah tapi dia ada banyak bawang, cili, kintan ke apa tah dan ada perut lembu! eh ya ke? ala yang macam karpet tuh. sebelum tu jual mahal taknak makan nasi eh I nak jadi model la! lol cik anis dan cik nah da beriya-iya suruh makan nasi rasa je lauk tuh sedap taw. masa tu aku tengah makan triffle yang aku suruh cik anis buatkan untuk aku huhu

"ya ya. DESERT dulu kan?"

cik anis yang masa tu nak naik tangga sampai nak jatuh dengar dan cik nah pula sepakat dengan abang gelakkan aku. cheh

Friday, November 26, 2010

That's The Best For Her

ingatkan dah sesat sampai ke hulu dunia tapi akhirnya sampai juga ke unisel untuk hantar jubah. ala tapi kena lepas guard dulu. okay la buka la tingkap karang nanti mak guard tu cakap aku sombong kurang ajar pula

"nak hantar jubah"

"EH KAU PERNAH BELAJAR KAT SINI KAN DULU?"

:/

Wednesday, November 24, 2010

No Money No Talk

let the words talk itselves lol


hari ni boleh dikatakan saya keluar hanya untuk menemani 'kakak' saya yang kecik ni shopping! sebab dia yang paling banyak memborong

(termasuk la baju selai untuk saya sebagai hadiah kerana da berjaya konvo). hahaha

Tuesday, November 23, 2010

Akhirnya Kini Pasti

TAHNIAH, FARAH!

YEAHH setelah setahun menunggu alhamdulillah nasib baik umur panjang aku dapat juga segulung diploma secara rasminya HAHAHA. eleh setahun tunggu kunun tapi preparation langsung tak buat. mana taknya naik pentas tak pakai kasut ish nak la juga jadi orang pertama yang naik pentas tak pakai kasut tapi mustahil cita-cita tu menjadi kenyataan kan tapi yang peliknya masa kat atas pentas tak rasa la pula kaki sakit padahal sebelum tu sanggup merempuh orang ramai celup kaki dilautan rumput dengan hanya berkaki ayam sambil kasut tergantung di tangan. lepas tu pakai selendang macam tak pernah pakai selendang. selebet gila


tengok la tak senonoh

alamak da lambat tapi kat mana nak daftar nih

graduan diploma sains perpustakaan

masa untuk masuk dewannn

terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke majlis konvo saya

terima kasih banyak-banyak

oh terharunya saya

dah habisss

yay!

hoorayy!

tak sangka abang, kak intan & adik belikan aku bunga yang ada bear haha

orang-orang kesayangan

photographer upahan:p

okay kami da penat sebenarnya haha

penat tapi seronok sangat