Tuesday, December 7, 2010

Merah Menyala Oh Jantungku


sempena nak menyambut kepulangan ayah dan ibu yang mengerjakan ibadah haji keesokan harinya, tok mama bercadang untuk membuat telur berperisa sirap! lol tok mama semangat nak siapkan cepat-cepat supaya ibu masuk rumah je tengok-tengok je da ada kat depan. dan aku yang semangat menolong pun sampai tak perasan sirap jalan ke kaki sampai achik tegur

"bila pakai inai kat kaki tuh?"

"eh da lama la. raya hari tu lagi"

"tuu kat bawah tapak kaki tu"

angkat kaki tengok terus menjerit. lagi menjadi-jadi bila auntie ain cakap da macam orang india kahwin yang nak masuk rumah mak mentua. ngaa

No comments: