ada ke pergi jawab bahagian esei pakai pensil? tapi da siap tapi takut pensyarah jenis yang akan 'pangkah' kalau student pakai pensil tapi baik tanya daripada fail terus subjek dia kan. kebetulan dia memang suka jalan-jalan dan berhenti dekat meja depan aku. aku pun
"psst psst. en pensyarah"
"ha apa dia?"
"um kalau pakai pensil boleh x?"
masa aku tanya tu plak aku da siap. punya la tkejut dia
"kenapa tak pakai pen?"
tak pasal-pasal aku speaking
"i dont have any pen"
terperasan kantoi pen atas meja cepat-cepat aku sorok
"bak sini saya tengok"
aku da cuak. sepanjang dia nak ke meja aku berpeluhpeluh aku. lama juga dia usha paper aku
"okay la. takpe"
fuhh!
"markah tak kurang kan?"
"eh mesti la kurang"
huh?
"tak apa laa en pensyarah?"
"ye laa"
whee!
mengongnya budak. ingat kau tu budak sekolah lagi ke? tak tau asal aku lebih suka guna pensil daripada pen
ni je koleksi pensil.. yang ada kat rumah aku tapi yang 2batang pensil mekanikal tu aku baru letak tadi
dan aku ada juga buat monolog pasal pensil untuk dapatkan A untuk subjek ko-kurikulum eh tak la mesti la mula-mula tu takat assinmentg biasa je. aku ambil teater untuk subjek ko-kurikulum kat unisel
MONOLOG
Aku: Dimanakah aku? Kenapa suasananya suram dan gelap? Mengapa?
Mengapa terdapat banyak buku hasil karyawan-karyawan terdahulu di sini?
Krakk! Aku terpijak pensil. Patah. Terbahagi dua. Satu bahagian depan yang kepalanya sudah tumpul akibat terlalu lama digunakan dan satu lagi bahagian belakang ekornya yang ada kesan gigitan gigi tuannya yang sedang mencari ilham.
Oh! Aku di dalam bilik bacaan datukku.
Aku: Rasa-rasanya ini pensil tua kepunyaan arwah datukku. Waktu dahulu, beliau adalah seorang karyawan yang terkenal di Malaya. Banyak karya yang beliau hasilkan daripada sebatang pensil yang telah aku pijak ini.
Aku kembali mencantumkan kedua-dua belah pensil yang patah akibat dipijak aku sebentar tadi. Sedang aku hendak mengacu-acukan kedua-dua pensil itu supaya bercantum semula, kata-kata arwah datukku yang berkisah tentang prinsip pensil terngiang-ngiang di telingaku dan bermain-main di kepalaku.
Sebatang pensil tidak akan hebat jika tidak berada di tangan. Bermaksud tangan yang melakukan benda-benda bodoh yang tidak berfaedah patut dipotongkan sahaja.
Apabila mata pensil patah atau tumpul, pensil akan mengalami kesakitan. Ianya seperti janganlah kau melukai dan menghancurkan hati kedua ibu bapamu kerana sangat memedihkan balasannya diwaktu kelak.
Pensil, apabila ditulis atas apa sahaja jenis permukaan, ia akan meninggalkan kesan sama sekali. Sama seperti fikir dahulu sebelum buat sesuatu perkara. Jika melakukan sesuatu perkara yang jahat, ianya pasti akan menghantui seumur hidup. Tetapi Allah itu maha penyayang dan pengampun kerana memberi peluang kedua utuk memperbetulkan kesilapan seperti mana pensil juga. Walaupun ditulis panjang lebar, ia masih boleh dipadam jua.
Tetapi tahukan kau apa yang menjadikan sebatang pensil begitu hebat? Tidak. Kau tidak tahu. Aku sahaja yang tahu akannya. Aku bagitahu kau. Isinya yang di dalam itulah yang menjadikannya hebat, wahai cucuku.
Sebab itu datuk selalu mahukan semua orang melayu menjadi seperti pensil! Dimana bukanlah jadi seperti pensil yang badannya kurus tinggi tetapi memegang pada prinsip pensil.
Aku: Ya. Baru aku teringat akan itu. Terima kasih datuk. Akanku dengar dan ingat kata-katamu itu. Mari pensil. Mari aku rawat luka dibadanmu ini yang aku buat tadi.

pensil lagi tapi disebabkan 'pensil' ni juga aku terpilih untuk menjadi antara 5 'Tuan Pengarah' yang bertuah untuk mengendalikan mini teater untuk hasil karya yang kami karang ni buktinya
Hi.
Tn Pengarah berkebebasan mghantar e-mail utk skrip yg sdg dibangunkn pd bila2 waktu (baca:digalakkan). Sy akan cuba mndaptkan acuan terbaik agar karya akhir akan menjadi sngat bernilai. Struktur cerita yg dicadang pd kelas lepas juga bukanlah satu ketetapan terakhir, buatlah apa yang rasa hendak dibuat.
Tulislah dgn apa2 rasa pun, gunalah bahasa yg paling baik hingga paling kurang ajar, karang yg logik hingga tak masuk akal, gunakan yang terbaik dan terjahat, yg kesyurga dan keneraka. Latakkan batu kebebasan dengan radius 10000000km...bebas...bebas...B.E.B.A.S.
Lepas tu baru kita sunting. Selamat maju jaya untuk Tuan Pengarah.
dari,
mokhtazul haizad mokhtaram
lec teater.
TERIMA KASIH:)

ada la satu masa tu aku terkejut beruk la. sebab lepas tu ada filem yang lahir dengan tajuk Pensil. omgomg. ada orang curi idea aku ke?
reference: http://www.gilamovies.com/movie_genres.php?index=10&page=2&genre_id=3&flag=0
No comments:
Post a Comment