Saturday, July 24, 2010

Is It Cobaan Or Dugaan?

aku hantar baju aku yang sumpah da patut kena sental kaw-kaw kat dobi dan aku juga minta iron baju aku yang berwarna hijau. tapi masa tu aku betul-betul ingat baju hijau ada 1 je. lupa ada hantar cardigan warna hijau sekali. tapi kalau anda-anda semua la kan yang akan gosok 'baju warna hijau' aku tu, ad 2baju warna hijau which is 1blouse 1 lagi cardigan korg akan gosok yang mana? for sure la blouse kan? gah! terbang rm1.20

Wednesday, July 21, 2010

Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY, LOVE! I HEART YOU

been trying hard to call him. but failed to reach him out. frust menonggeng beberapa minit lalu tidur terbongkang dengan hati yang kecewa tahap kritikal lagi sikit nak kelar nadi

Tuesday, July 20, 2010

Fuh Mantra

movie time! we watched this movie


but before that, we headed to sg wang for the plan that we have planned which is get yourself pierced. fuhhh kiri. fuh fuh fuhh fuhh kanan

wataya think?

reference: http://wonderpets-nuyulaisywp.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

Saturday, July 17, 2010

Farah Who?

buat kesekian kalinya dalam hidup aku melihat bukan diri aku. aku berubah lagi. tapi kali ni daripada 'tak la hitam sangat pun' ke 'terus da tak hitam langsung da' pula


tapi still
(ter)baik hati nak belikan baju untuk kawan yang memang gila shopping tak kira musim harga naik mahupun turun mendadak. tak tahu macam mana boleh TERjanji dengan dia nak belikan baju untuk dia. mungkin sebab 'ala takat baju bundle je apekedehal la' kann. masalahnya sekarang aku bukan beli baju bundle untuk dia

Wednesday, July 14, 2010

Lemme Light Up Your Life

dulu i was like i-city? apa tuh? tapi sekarang

i-city kewl!









aku bersama-sama dengan orang-orang kesayangan telah menyerbu i-city tanpa menghiraukan yang kami ada kelas pagi keesokannya harinya. 1st time for all of us but dunno how many time for one of my loved ones. oleh kerana this one of my loved ones da tak jakun haha da banyak kali pergi i-city so officially dia la yang jadi pemandu dan tour guide untuk tour kami kali ni. oh ya lepas tu aku ada terperasan 'Kamal Adli'. jangan jealous youh:p tapi balik-balik nak cemburukan orang aku juga yang tercemburu sendiri. sebab my one of my loved ones ni rupa-rupanya da lepak dulu dengan this 'Kamal Adli' guy. she was like keep him for herself.. only!

okay enough of that(super jealous haha). agak lama ya kami kat situ. sampai baby i pun risau lalalaa. gerak balik dalam 3am. tapi singgah restoran baraa selama(akronim untuk sekejap) untuk menjamu super supper. ex-boyfie one of my loved ones(again her) pun ada join. makan tu makan ni. minum tu minum ni. gosip sana gosip sini. posing sana posing sini tu perlu. sampai la 5am tunggu one of my loved ones(again again her) hantar ex dia balik ke pangkal jalan. then masa nak balik tu pula boleh pula dia cakap macam-macam sebab her that ex cerita those scary movies to her. in the end she speeds. agak laju juga la dia bawa tau la peminat superbike. aku kat belakang da pucat muka siap mengucap 2kalimah shahadah lagi mana la tau kot-kot tak sempat nak mengucap ke kann



see also
i-city

Tuesday, July 13, 2010

Sorry. Not Interested

isu:

masalah "siapa yg nak jadi ketua umah"


semua orang was like "busy" "busy la" "semester ni busy la" termasuk aku pun. tapi aku bukan suka-suka pun nak cakap busy busy la semester ni busy la macam mereka-mereka sekalian tu. bukan suka-suka taknak tau. tapi sebab aku memang taknak pun hahha! aku tak percaya aku boleh control orang apa lagi remote control yang selalu je hilang lepas aku yang pegang. diri aku sendiri pun perlukan bimbingan ke jalan yang lurus lagi luas tapi rasanya in future jalan kecik pun da muat sebab da kurus la kunun. lastly decision was made up. orang kesayangan again will be the ketua rumah. kebetulan malam tu ada taklimat pengetua dan ketua rumah diminta supaya semua ketua rumah turun dan hadirkan diri. kebetulan lagi sekali juga my this loved ones ada kelas sampai 10pm. so da semua orang busy busy la semester ni busy la sangat aku pun merelakan la diri aku ini untuk mengabdikan duh wakilkan my loved ones or should i say wakilkan 1rumah? whatever tapi-tapi.. dapat kuponlah

Saturday, July 10, 2010

Kakak, Akak & Kak

aku boleh juga la nak dikatakan asyik berkepit jek dengan orang kesayangan aku yang lebih tua daripada aku. maka dengan itu ada la beberapa kali TERpanggil orang kesayangan yang sama umur tapi bukan sama saiz dengan aku AKAK

Thursday, July 8, 2010

Lawatan Budak-Budak Rumah 1E13 & 14

mula semester ni je aku bersama orang-orang kesayangan da keluar pergi KLCC







motif? nak tuntut sim card one of my loved one. her phone xpress music hilang. atau dalam kata lain kena curi. poor her. but now shes already got her new phone. what model, ask her yourself (cemburu ni)

oh did you notice that me at first wearing blue cardi but afterwards changing into black new cardi?


see also

Saturday, July 3, 2010

Seharian Di Putrajaya

hari ni aku telah membuat keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup aku oh taknak mati lagi telah membuat keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti semester aku kat putrajaya ataupun lebih tepat lagi kat pejabat ibu yang berada dikedudukan janm bersebelahan dengan kdrm

sampai putrajaya. masuk bangunan janm. letak kereta. masuk pintu. naik lif. tingkat 6. masuk pintu lagi. jalan. masuk pintu lagi. nampak pantri. jalan lagi. belok kiri. jawab pertanyaan kawan ibu "ha ah tengah cuti". lagi jalan lagi. baru sampai bilik ibu. eh belum lagi. ibu punch kad dulu. lepas tu baru masuk bilik. aku terus cari spot baik punya untuk aku lepak tengok movie yang aku da plan dari keluar dengn senior lagi Paranormal Activity sebab dulu aku tengok tak habis. tergantung sebab macam apa entah. mungkin sebab terlalu perlahan sebab aku kan memang gelojoh orangnya. habis je movie Paranormal Activity tu terus sambung movie Pathology pula tapi belum sampai setengah pun movie tu yang tengok aku

pukul 1245 baru bangun sebab nak pergi pasar putrajaya. masa aku dengan ibu nak keluar pergi pasar putrajaya ibu ada borak dengan salah seorang kawan ibu sekejap tapi aku lebih layankan mood blur aku tiba-tiba kawan ibu tu jerit kat aku

"jalan kaki la farah. exercise"

masa tu aku agak blur lagi sebab baru bangun kan tanpa fikir panjang aku

"ha? ye la. exercise la ni. eh ehh (masa ni baru aku tersedar yg kami akan pergi pasar putrajaya naik kereta). eheheheh"

Friday, July 2, 2010

Date With Seniorita



we spent our times together like to-get-her heh. we had our unplanning movie marathon when we started feel lazy to go out cross the roads and building. mula-mula rancang nak tengok The Back-Up Plan je dan lepas tu pergi melalak tapi disebabkan tempat baik punya untuk melalak tu jauh pula. tanpa fikir panjang maki terus tukar plan. oh aku suka je. lepas tengok The Back-Up Plan kat hall 1 terus ke hall 8 untuk movie Frozen pula. best movie experienced ever. sebab macam dapat rasa 'frozen' juga duduk dalam pawagam tu masa tu cuma takde la rasa macam ada kat tempat kejadian

reference:
http://www.colamovies.com/movie.php?movie=The+Back-up+Plan
http://www.matttrailer.com/frozen_2010

Thursday, July 1, 2010

Sila Guna Pen.. Sil

ada ke pergi jawab bahagian esei pakai pensil? tapi da siap tapi takut pensyarah jenis yang akan 'pangkah' kalau student pakai pensil tapi baik tanya daripada fail terus subjek dia kan. kebetulan dia memang suka jalan-jalan dan berhenti dekat meja depan aku. aku pun

"psst psst. en pensyarah"

"ha apa dia?"

"um kalau pakai pensil boleh x?"

masa aku tanya tu plak aku da siap. punya la tkejut dia

"kenapa tak pakai pen?"

tak pasal-pasal aku speaking

"i dont have any pen"

terperasan kantoi pen atas meja cepat-cepat aku sorok

"bak sini saya tengok"

aku da cuak. sepanjang dia nak ke meja aku berpeluhpeluh aku. lama juga dia usha paper aku

"okay la. takpe"

fuhh!

"markah tak kurang kan?"

"eh mesti la kurang"

huh?

"tak apa laa en pensyarah?"

"ye laa"

whee!

mengongnya budak. ingat kau tu budak sekolah lagi ke? tak tau asal aku lebih suka guna pensil daripada pen



ni je koleksi pensil.. yang ada kat rumah aku tapi yang 2batang pensil mekanikal tu aku baru letak tadi

dan aku ada juga buat monolog pasal pensil untuk dapatkan A untuk subjek ko-kurikulum eh tak la mesti la mula-mula tu takat assinmentg biasa je. aku ambil teater untuk subjek ko-kurikulum kat unisel



MONOLOG

Aku: Dimanakah aku? Kenapa suasananya suram dan gelap? Mengapa?
Mengapa terdapat banyak buku hasil karyawan-karyawan terdahulu di sini?

Krakk! Aku terpijak pensil. Patah. Terbahagi dua. Satu bahagian depan yang kepalanya sudah tumpul akibat terlalu lama digunakan dan satu lagi bahagian belakang ekornya yang ada kesan gigitan gigi tuannya yang sedang mencari ilham.

Oh! Aku di dalam bilik bacaan datukku.

Aku: Rasa-rasanya ini pensil tua kepunyaan arwah datukku. Waktu dahulu, beliau adalah seorang karyawan yang terkenal di Malaya. Banyak karya yang beliau hasilkan daripada sebatang pensil yang telah aku pijak ini.

Aku kembali mencantumkan kedua-dua belah pensil yang patah akibat dipijak aku sebentar tadi. Sedang aku hendak mengacu-acukan kedua-dua pensil itu supaya bercantum semula, kata-kata arwah datukku yang berkisah tentang prinsip pensil terngiang-ngiang di telingaku dan bermain-main di kepalaku.

Sebatang pensil tidak akan hebat jika tidak berada di tangan. Bermaksud tangan yang melakukan benda-benda bodoh yang tidak berfaedah patut dipotongkan sahaja.

Apabila mata pensil patah atau tumpul, pensil akan mengalami kesakitan. Ianya seperti janganlah kau melukai dan menghancurkan hati kedua ibu bapamu kerana sangat memedihkan balasannya diwaktu kelak.

Pensil, apabila ditulis atas apa sahaja jenis permukaan, ia akan meninggalkan kesan sama sekali. Sama seperti fikir dahulu sebelum buat sesuatu perkara. Jika melakukan sesuatu perkara yang jahat, ianya pasti akan menghantui seumur hidup. Tetapi Allah itu maha penyayang dan pengampun kerana memberi peluang kedua utuk memperbetulkan kesilapan seperti mana pensil juga. Walaupun ditulis panjang lebar, ia masih boleh dipadam jua.

Tetapi tahukan kau apa yang menjadikan sebatang pensil begitu hebat? Tidak. Kau tidak tahu. Aku sahaja yang tahu akannya. Aku bagitahu kau. Isinya yang di dalam itulah yang menjadikannya hebat, wahai cucuku.

Sebab itu datuk selalu mahukan semua orang melayu menjadi seperti pensil! Dimana bukanlah jadi seperti pensil yang badannya kurus tinggi tetapi memegang pada prinsip pensil.
Aku: Ya. Baru aku teringat akan itu. Terima kasih datuk. Akanku dengar dan ingat kata-katamu itu. Mari pensil. Mari aku rawat luka dibadanmu ini yang aku buat tadi.

TAMAT



pensil lagi tapi disebabkan 'pensil' ni juga aku terpilih untuk menjadi antara 5 'Tuan Pengarah' yang bertuah untuk mengendalikan mini teater untuk hasil karya yang kami karang ni buktinya



Hi.

Tn Pengarah berkebebasan mghantar e-mail utk skrip yg sdg dibangunkn pd bila2 waktu (baca:digalakkan). Sy akan cuba mndaptkan acuan terbaik agar karya akhir akan menjadi sngat bernilai. Struktur cerita yg dicadang pd kelas lepas juga bukanlah satu ketetapan terakhir, buatlah apa yang rasa hendak dibuat.

Tulislah dgn apa2 rasa pun, gunalah bahasa yg paling baik hingga paling kurang ajar, karang yg logik hingga tak masuk akal, gunakan yang terbaik dan terjahat, yg kesyurga dan keneraka. Latakkan batu kebebasan dengan radius 10000000km...bebas...bebas...B.E.B.A.S.

Lepas tu baru kita sunting. Selamat maju jaya untuk Tuan Pengarah.

dari,
mokhtazul haizad mokhtaram
lec teater.

TERIMA KASIH:)



ada la satu masa tu aku terkejut beruk la. sebab lepas tu ada filem yang lahir dengan tajuk Pensil. omgomg. ada orang curi idea aku ke?



reference: http://www.gilamovies.com/movie_genres.php?index=10&page=2&genre_id=3&flag=0