setelah setahun lima bulan lamanya menunggu kesan suntikan botok, akhirnya aku cun juga eh akhirnya berakhir sudah appointment aku dengan Dr nathan. muka aku yang dulunya 'hancur' kini sudah pulih sepenuhnya tanpa ragu-ragu. tapi tak berapa nak pulih sepenuhnya sangat la kan sebab still apply ubat sebelum tidur heh. lepas ni turn adik tersayang pula. pada mulanya adik tersayang kata dia taknak sebab ye la anak kesayangan ibu sayang lagi terlebih sayang(nampak benar ayat cover jealous). baik la konon taknak perabihkan duit ibu sayang lagi terlebih sayang macam aku perabihkan duit ayah sayang terlebih sayang. sekarang ni abang tersayang dalam proses. kalau sebelum ni aku la insan yang paling bertuah dapat face to face dengan Dr nathan tak kisah la da berapa riban duit ayah sayang terlebih sayang dan ibu sayang lagi terlebih sayang habis, lepas ni adik tersayang pula merasa apa yang aku da lalui. aku? well senang cerita aku bertukar position la. kalau sebelum ni adik tersayang hanya ikut, teman dan tunggu. tapi aku pula yang hanya ikut, teman dan tunggu. bayar? tu ibu sayang lagi terlebih sayang dengan ayah sayang terlebih sayang punya hal. lepas abang tersayang dan adik tersayang da okay, ayah sayang terlebih sayang pula. ha apa? ibu sayang lagi terlebih sayang? oh ibu sayang lagi terlebih sayang da semulajadi cantik da
Saturday, August 28, 2010
Thursday, August 26, 2010
Except Math
menitis beberapa titik air peluh masin memilih nak ambil ayam bahagian mana, sambal masak apa, sayur pun main tibai je ambil sebab memang ada dua jenis jek seperti apa yang orang kesayangan kirim. da dapat memenuhi selera orang kesayangan lalu bagi la kat sorang mamat ni suruh kira. punya la berpeluh mamat ni sampai terpercik sikit peluh dia kat aku dia nak kira 2.8+2.3=berapa. ek eleh.. aku pun tak tau gak. duh tapi sempat la kira dalam kepala berapa. tapi dia aku tengok kalau bagi masa tiga hari pun belum tentu dapat kira berapa
ada masa lapang nanti nak belajar hafal sifir dengan siti sifir la
Wednesday, August 25, 2010
Secret Admirer?
hari ni takde angin sepoi-sepoi bahasa perancis atau ribut taufu apa lagi taufan megi tiba-tiba ada seorang budak text aku cakap ada orang kirim salam kat aku
"Akak ada orang kirim slm kat akak"
rupa-rupanya semua itu hanyalah keseronokan bagi kanak-kanak yang tak datang bulan lagi dapat kenakan orang yang lagi cantik daripada mereka. free-free kena game
Tuesday, August 24, 2010
Satu Hari Di Bulan Ramadhan
tak tau asal la hari ni aku terjatuh. da la jatuh depan orang. pula tu selipar kesayangan aku putus. bukan satu pula tu. tapi dua! dalam satu hari tu yang menyayat hati tu. tapi masa lain-lain la(sedapkan hati kejap)
cerita selipar satu
pukul 1730++ masa pergi beli makanan. sebab tak perasan ada batu comel kat tengah-tengah jalan bertar. agak tak boleh blah masa ni sebab jatuh betul-betul depan seorang budak perempuan yang boleh dikatakan tak la seperti seorang budak yang takkan ingat muka merah jambu menahan malu sebab jatuh ni baik punya tengah duduk kat depan blok b. mesti balik dia cerita kat kawan-kawan dia
cerita selipar dua
pukul 1830++ masa nak pergi beli air pula. tapi kali ini bukan salah aku sebab cuai ke leka ke tak perasan ada batu comel kat tengah-tengah jalan bersimen. tapi orang kesayangan aku yang terpijak sebab dia jealous tengok gaya aku berjalan ala-ala model catwalk menjadi heh. nasib baik kes yang kedua ini tak jatuh macam kes yang pertama tadi. kalau jatuh juga, tak tau la. tukar lim kok wing terus kot?
sebab ini juga, aku berpeluang menjadi cinderella terlampau sebab real cinderella at least sebelah je. tapi aku tamak sikit dua-dua belah
Sunday, August 22, 2010
Public Transport Vs. Own Car
awak comel la. awak nak pergi mana?
ish jauh tu awak
ya saya tau
1. mula-mula kena tunggu bas tersayang nombor 605
2. kena tunggu bas nombor 529 yang terchinta
bila la ayah nak bagi aku drive sendiri dari serdang ke shah alam dan dari shah alam ke serdang. aku bukan la nak berlagak yang aku boleh drive atau aku seorang je yang ada kereta. tapi aku da tak tahan nak tunggu bas dan tren sampai rasa macam nak meroyan seorang diri je kat situ. bayangkan la kalau balik naik kereta tak sampai 1jam pun(kalau tak tersangkut dalam jam la). tapi kalau naik public transport boleh bukan takat makan je malah boleh menelan masa sampai 4jam++. gila! kenapa? tak percaya? mai sini nak habaq mai
1. mula-mula kena tunggu bas tersayang nombor 605
setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? belum lagi. lepas 1jam(exaggeratenya!) berangan dalam bas, turun kat pkns dulu. kat pkns tu pula
2. kena tunggu bas nombor 529 yang terchinta
pun setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? betul la tu. lepas 1jam(exaggeratenya!) sambung berangan dalam bas, sampai pun kat ktm shah alam. da sampai kat ktm shah alammm. lega kejap sebab da lepas cabaran yang pertama
3. kena tunggu tren ke sentral kl terkenal lagi
lagi sekali setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat 2 3stesen da sampai sentral kl la? entah. tak pernah pula nak kira berapa banyak stesen. sila rujuk gambar 2 diatas ehek. lepas setengah jam, sambung berangan dalam tren pula. sampai sentral kl, tukar platform pula. cabaran seorang insan yang bergelar student memang perit
4. kena tunggu tren ke serdang terbaik pula
lagi sekali lagi setengah jam kemudian, baru sampai
apa ingat da terus sampai rumah la? selepas setengah jam berangan jek dalam tren, sampai juga kat serdang. kat ktm serdang pula
5. kena tunggu ayah dan ibu yang tersayang dan tercinta sampai mati datang pula
5. kena tunggu ayah dan ibu yang tersayang dan tercinta sampai mati datang pula
entah berapa banyak setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai rumah la? kalau takde apa-apa hal terus sampai la. tapi kalau ada plan lain memang belum sampai lagi la. lol
laa awak da sampai rumah awak pun? saya baru nak tolong hantarkan awak..
awak ada kereta ke? kenapa tak cakap awal-awal?
eh takde la. maksud saya boleh saya temankan awak sepanjang perjalanan balik awak
awak ada kereta ke? kenapa tak cakap awal-awal?
eh takde la. maksud saya boleh saya temankan awak sepanjang perjalanan balik awak
references:
http://zkeretapi.blogspot.com/2009_09_13_archive.html
http://www.lcct.com.my/transportation/ktm-komuter/about-ktm-komuter
http://www.flickr.com/photos/8864628@N04/2791445515
http://ja-intec-ielts.blogspot.com/
http://wn.com/ktm?orderby=published
Sunday, August 15, 2010
Tak Sedar Diri
ada la seorang budak perempuan tu kan. da la tak puasa. boleh pula pergi geledah stok makanan kat rumah orang. pula tu dia juga la orang pertama yang duduk kat meja makan. siap rajin lagi bukakan tudung saji. dan dia juga la orang terakhir yang bangun dari meja
Saturday, August 14, 2010
Aku Yang Disukai Ramai
da la disukai ramai. baik hati. lemah lembut. pyayang pula tu(wut?!) betul ni. tak tipu. bila aku tengok cara aku tegur sahsiah rupadiri budak part 1 dengan cara orang kesayangan aku kendalikan memang berbeza. like b-e-r-b-e-z-a. nampaknya lepas ni aku kena belajar untuk menjadi lebih bagus lagi daripada orang kesayangan aku itu eh mestilah lebih tegas supaya mereka hormat aku dan juga tidaklah kepala aku kena pijak sampai penyek macam penkek yang sedap dimakan bercicahkan madu dan sambal tumis. tapi aku tetap rasa aku tak boleh sebab aku memang da dilahirkan satu pakej disukai ramai baik hati lemah lembut malah penyayang. bak kata fizah
"mungkin da 2 cara kau. xpe la. kau jd ajk yg baik"
yay!
Friday, August 13, 2010
Yan Yin Yun
yan! yan! yin! yin! ingat lagi tak conversation kita kat fb hari tu? yang pasal nama tu. i sibuk nak yun sebab poyo bajet yuna la. dan i TERperasan lukisan hanging toy yang i lukis, orang yang duduk selepas i tu tulis conversation balloon atas lukisan tu. tau dia tulis apa? "hello im yun". cute but it was a hanging toy illustration. terus tak cute da
Tuesday, August 10, 2010
Adakah Si Dia Jodoh Aku?
kalau aku dapat lelaki yang baik(dan handsome). kalau aku dijodohkan dengan lelaki yang baik(dan kaya). aku janji dengan diri aku sendiri secara senyap-senyap tanpa memberitahu orang lain sebab nanti takut takkan buat lepas tu nanti kena kutuk kaw-kaw. aku akan berubah 100%. 100% berubah untuk menjadi baik macam si dia juga(kang lebih-lebih kang kesian pula dia). baru la sesuwai gitu ya dok?
kalau macam ni la memang takkan dapat la lelaki baik
Monday, August 9, 2010
Sunday, August 8, 2010
Bertentangan Mata
kata orang tua-tua ke dulu-dulu ke atau hanya sekadar peribahasa melayu dari mata jatuh ke hati. betul ke? serasanya aku pernah rasa akan perasaan itu. terlalu asyik asyik asyiknya. rasa macam taknak je si masa berputar berlalu pergi melepasi sangat-sangat manis bermadu bak strawberi coklat itu. biar la selamanya begitu pun tak mengapa. tapi apa pula akan terjadi kalau salah seorang daripada 2orang tu cepat-cepat berpaling? orang tua-tua orang dulu-dulu macam ni? tolong
Saturday, August 7, 2010
Happy Birthday To Ayah
aku rasa hari ni another bad day untuk aku. sebab? ada 89sebab tapi sebab malas nak taip aku letak 2sebab je
1. da la da lambat nak pergi kelas pukul 810
1.1. boleh pula mereka-mereka sekalian buat spot check kat depan fakulti
1.2. oleh kerana aku tak pakai or senang cakap tak bawak pun kad matrik, so terpaksa la patah balik naik hostel walaupun masa tu jam swatch aku yang da setahun lebih usianya berkhidmat untuk aku menunjukkan sudah pukul 830
1.3. ingatkan da pakai kad matrik lepas la
1.4. guard panggil. tulis tu tulis ni. minta nombor rumah bagai nombor telefon taknak pula. dan suruh sign da macam aku ni artis kejap kat puncak tu. sebab aku tak pakai baju kurung (whatta?)
1.5. masuk kelas lagi beberapa minit nak pukul 900. duh
2. aku tertipu tertipu-tipu teraku
2.1. aku punya la bermati-matian ingat tertinggal kunci rumah kat kelas
2.2. pusing 1fakulti dari bilik kunci sampai la ke bk12
2.3. ke library kejap je teman orang kesayangan pulang buku. boleh pula abang library tu membebel tu la ni la heh kami budak skema la. tak perlu pembebelan tu semua
2.4. rupa-rupanya kat atas meja je. cantik je. aku letak atas meja masa balik ambil kad matrik tadi
2.5. sakit hati gila. macam sia-sia je ke hulu ke hilir walaupun ianya satu perbuatan yang sihat
2.6. aku yang plan nak makan dengan orang kesayangan terus tak jadi. siap hempas pintu lagi
bongok!
hari ni juga, birthday ayah yang ke-53
HAPPY BIRTHDAY, AYAH! SEMOGA MURAH REZEKI, SENTIASA DIRAHMATI ALLAH & DIPANJANGKAN UMUR. SAYANG AYAH:)
plan nak call and then nyanyi ramai-ramai. tapi tak jadi sebab ayah berlembang function. ayah sejak 2menjak 3menjak tukar ke hep ni, busy manjang. dan da pandai main golf menembak bagai. nak belikan hadiah apa eh untuk ayah? nak belikan t-shirt ayah main adidas je. mana ada duit nak masuk al-ikhsan tuh. kasih sayang je boleh ayah?
Tuesday, August 3, 2010
Not Really A Future IP's
masa untuk berposing semua! untuk pertama kalinya aku dengan classmates syok sendiri haha ambil gambar ramai-ramai untuk toreh satu-satu muka sesiapa yang dibenci oh shit mesti la untuk sekadar kenang-kenangan di masa depan juga untuk ditunjukkan pada cucu cicit. excited melampau mengalahkan orang yang nak naik pentas terima 2nd degree
meet Fauzi. his girfriend named Farah. and me, Farah, got dearest boyfriend named Fauzee. Fauzi+FARAH+Fauzee
Subscribe to:
Posts (Atom)