Sunday, August 22, 2010

Public Transport Vs. Own Car

awak comel la. awak nak pergi mana?


ish jauh tu awak


ya saya tau

bila la ayah nak bagi aku drive sendiri dari serdang ke shah alam dan dari shah alam ke serdang. aku bukan la nak berlagak yang aku boleh drive atau aku seorang je yang ada kereta. tapi aku da tak tahan nak tunggu bas dan tren sampai rasa macam nak meroyan seorang diri je kat situ. bayangkan la kalau balik naik kereta tak sampai 1jam pun(kalau tak tersangkut dalam jam la). tapi kalau naik public transport boleh bukan takat makan je malah boleh menelan masa sampai 4jam++. gila! kenapa? tak percaya? mai sini nak habaq mai

1. mula-mula kena tunggu bas tersayang nombor 605

setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? belum lagi. lepas 1jam(exaggeratenya!) berangan dalam bas, turun kat pkns dulu. kat pkns tu pula

2. kena tunggu bas nombor 529 yang terchinta

pun setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? betul la tu. lepas 1jam(exaggeratenya!) sambung berangan dalam bas, sampai pun kat ktm shah alam. da sampai kat ktm shah alammm. lega kejap sebab da lepas cabaran yang pertama


3. kena tunggu tren ke sentral kl terkenal lagi


lagi sekali setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat 2 3stesen da sampai sentral kl la? entah. tak pernah pula nak kira berapa banyak stesen. sila rujuk gambar 2 diatas ehek. lepas setengah jam, sambung berangan dalam tren pula. sampai sentral kl, tukar platform pula. cabaran seorang insan yang bergelar student memang perit

4. kena tunggu tren ke serdang terbaik pula

lagi sekali lagi setengah jam kemudian, baru sampai

eh da sampai la

apa ingat da terus sampai rumah la? selepas setengah jam berangan jek dalam tren, sampai juga kat serdang. kat ktm serdang pula

5. kena tunggu ayah dan ibu yang tersayang dan tercinta sampai mati datang pula

entah berapa banyak setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai rumah la? kalau takde apa-apa hal terus sampai la. tapi kalau ada plan lain memang belum sampai lagi la. lol

laa awak da sampai rumah awak pun? saya baru nak tolong hantarkan awak..

awak ada kereta ke? kenapa tak cakap awal-awal?

eh takde la. maksud saya boleh saya temankan awak sepanjang perjalanan balik awak


references:
http://zkeretapi.blogspot.com/2009_09_13_archive.html
http://www.lcct.com.my/transportation/ktm-komuter/about-ktm-komuter
http://www.flickr.com/photos/8864628@N04/2791445515
http://ja-intec-ielts.blogspot.com/
http://wn.com/ktm?orderby=published

No comments: