Saturday, August 28, 2010

Just Be A Typical Kampung Girl

setelah setahun lima bulan lamanya menunggu kesan suntikan botok, akhirnya aku cun juga eh akhirnya berakhir sudah appointment aku dengan Dr nathan. muka aku yang dulunya 'hancur' kini sudah pulih sepenuhnya tanpa ragu-ragu. tapi tak berapa nak pulih sepenuhnya sangat la kan sebab still apply ubat sebelum tidur heh. lepas ni turn adik tersayang pula. pada mulanya adik tersayang kata dia taknak sebab ye la anak kesayangan ibu sayang lagi terlebih sayang(nampak benar ayat cover jealous). baik la konon taknak perabihkan duit ibu sayang lagi terlebih sayang macam aku perabihkan duit ayah sayang terlebih sayang. sekarang ni abang tersayang dalam proses. kalau sebelum ni aku la insan yang paling bertuah dapat face to face dengan Dr nathan tak kisah la da berapa riban duit ayah sayang terlebih sayang dan ibu sayang lagi terlebih sayang habis, lepas ni adik tersayang pula merasa apa yang aku da lalui. aku? well senang cerita aku bertukar position la. kalau sebelum ni adik tersayang hanya ikut, teman dan tunggu. tapi aku pula yang hanya ikut, teman dan tunggu. bayar? tu ibu sayang lagi terlebih sayang dengan ayah sayang terlebih sayang punya hal. lepas abang tersayang dan adik tersayang da okay, ayah sayang terlebih sayang pula. ha apa? ibu sayang lagi terlebih sayang? oh ibu sayang lagi terlebih sayang da semulajadi cantik da

Thursday, August 26, 2010

Except Math

menitis beberapa titik air peluh masin memilih nak ambil ayam bahagian mana, sambal masak apa, sayur pun main tibai je ambil sebab memang ada dua jenis jek seperti apa yang orang kesayangan kirim. da dapat memenuhi selera orang kesayangan lalu bagi la kat sorang mamat ni suruh kira. punya la berpeluh mamat ni sampai terpercik sikit peluh dia kat aku dia nak kira 2.8+2.3=berapa. ek eleh.. aku pun tak tau gak. duh tapi sempat la kira dalam kepala berapa. tapi dia aku tengok kalau bagi masa tiga hari pun belum tentu dapat kira berapa

ada masa lapang nanti nak belajar hafal sifir dengan siti sifir la

Wednesday, August 25, 2010

Secret Admirer?

hari ni takde angin sepoi-sepoi bahasa perancis atau ribut taufu apa lagi taufan megi tiba-tiba ada seorang budak text aku cakap ada orang kirim salam kat aku

"Akak ada orang kirim slm kat akak"

rupa-rupanya semua itu hanyalah keseronokan bagi kanak-kanak yang tak datang bulan lagi dapat kenakan orang yang lagi cantik daripada mereka. free-free kena game

Tuesday, August 24, 2010

Satu Hari Di Bulan Ramadhan

tak tau asal la hari ni aku terjatuh. da la jatuh depan orang. pula tu selipar kesayangan aku putus. bukan satu pula tu. tapi dua! dalam satu hari tu yang menyayat hati tu. tapi masa lain-lain la(sedapkan hati kejap)

cerita selipar satu

pukul 1730++ masa pergi beli makanan. sebab tak perasan ada batu comel kat tengah-tengah jalan bertar. agak tak boleh blah masa ni sebab jatuh betul-betul depan seorang budak perempuan yang boleh dikatakan tak la seperti seorang budak yang takkan ingat muka merah jambu menahan malu sebab jatuh ni baik punya tengah duduk kat depan blok b. mesti balik dia cerita kat kawan-kawan dia

cerita selipar dua

pukul 1830++ masa nak pergi beli air pula. tapi kali ini bukan salah aku sebab cuai ke leka ke tak perasan ada batu comel kat tengah-tengah jalan bersimen. tapi orang kesayangan aku yang terpijak sebab dia jealous tengok gaya aku berjalan ala-ala model catwalk menjadi heh. nasib baik kes yang kedua ini tak jatuh macam kes yang pertama tadi. kalau jatuh juga, tak tau la. tukar lim kok wing terus kot?

sebab ini juga, aku berpeluang menjadi cinderella terlampau sebab real cinderella at least sebelah je. tapi aku tamak sikit dua-dua belah

Sunday, August 22, 2010

Public Transport Vs. Own Car

awak comel la. awak nak pergi mana?


ish jauh tu awak


ya saya tau

bila la ayah nak bagi aku drive sendiri dari serdang ke shah alam dan dari shah alam ke serdang. aku bukan la nak berlagak yang aku boleh drive atau aku seorang je yang ada kereta. tapi aku da tak tahan nak tunggu bas dan tren sampai rasa macam nak meroyan seorang diri je kat situ. bayangkan la kalau balik naik kereta tak sampai 1jam pun(kalau tak tersangkut dalam jam la). tapi kalau naik public transport boleh bukan takat makan je malah boleh menelan masa sampai 4jam++. gila! kenapa? tak percaya? mai sini nak habaq mai

1. mula-mula kena tunggu bas tersayang nombor 605

setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? belum lagi. lepas 1jam(exaggeratenya!) berangan dalam bas, turun kat pkns dulu. kat pkns tu pula

2. kena tunggu bas nombor 529 yang terchinta

pun setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? betul la tu. lepas 1jam(exaggeratenya!) sambung berangan dalam bas, sampai pun kat ktm shah alam. da sampai kat ktm shah alammm. lega kejap sebab da lepas cabaran yang pertama


3. kena tunggu tren ke sentral kl terkenal lagi


lagi sekali setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat 2 3stesen da sampai sentral kl la? entah. tak pernah pula nak kira berapa banyak stesen. sila rujuk gambar 2 diatas ehek. lepas setengah jam, sambung berangan dalam tren pula. sampai sentral kl, tukar platform pula. cabaran seorang insan yang bergelar student memang perit

4. kena tunggu tren ke serdang terbaik pula

lagi sekali lagi setengah jam kemudian, baru sampai

eh da sampai la

apa ingat da terus sampai rumah la? selepas setengah jam berangan jek dalam tren, sampai juga kat serdang. kat ktm serdang pula

5. kena tunggu ayah dan ibu yang tersayang dan tercinta sampai mati datang pula

entah berapa banyak setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai rumah la? kalau takde apa-apa hal terus sampai la. tapi kalau ada plan lain memang belum sampai lagi la. lol

laa awak da sampai rumah awak pun? saya baru nak tolong hantarkan awak..

awak ada kereta ke? kenapa tak cakap awal-awal?

eh takde la. maksud saya boleh saya temankan awak sepanjang perjalanan balik awak


references:
http://zkeretapi.blogspot.com/2009_09_13_archive.html
http://www.lcct.com.my/transportation/ktm-komuter/about-ktm-komuter
http://www.flickr.com/photos/8864628@N04/2791445515
http://ja-intec-ielts.blogspot.com/
http://wn.com/ktm?orderby=published

Sunday, August 15, 2010

Tak Sedar Diri

ada la seorang budak perempuan tu kan. da la tak puasa. boleh pula pergi geledah stok makanan kat rumah orang. pula tu dia juga la orang pertama yang duduk kat meja makan. siap rajin lagi bukakan tudung saji. dan dia juga la orang terakhir yang bangun dari meja

Saturday, August 14, 2010

Aku Yang Disukai Ramai

da la disukai ramai. baik hati. lemah lembut. pyayang pula tu(wut?!) betul ni. tak tipu. bila aku tengok cara aku tegur sahsiah rupadiri budak part 1 dengan cara orang kesayangan aku kendalikan memang berbeza. like b-e-r-b-e-z-a. nampaknya lepas ni aku kena belajar untuk menjadi lebih bagus lagi daripada orang kesayangan aku itu eh mestilah lebih tegas supaya mereka hormat aku dan juga tidaklah kepala aku kena pijak sampai penyek macam penkek yang sedap dimakan bercicahkan madu dan sambal tumis. tapi aku tetap rasa aku tak boleh sebab aku memang da dilahirkan satu pakej disukai ramai baik hati lemah lembut malah penyayang. bak kata fizah

"mungkin da 2 cara kau. xpe la. kau jd ajk yg baik"

yay!

Friday, August 13, 2010

Yan Yin Yun

yan! yan! yin! yin! ingat lagi tak conversation kita kat fb hari tu? yang pasal nama tu. i sibuk nak yun sebab poyo bajet yuna la. dan i TERperasan lukisan hanging toy yang i lukis, orang yang duduk selepas i tu tulis conversation balloon atas lukisan tu. tau dia tulis apa? "hello im yun". cute but it was a hanging toy illustration. terus tak cute da

Tuesday, August 10, 2010

Adakah Si Dia Jodoh Aku?

kalau aku dapat lelaki yang baik(dan handsome). kalau aku dijodohkan dengan lelaki yang baik(dan kaya). aku janji dengan diri aku sendiri secara senyap-senyap tanpa memberitahu orang lain sebab nanti takut takkan buat lepas tu nanti kena kutuk kaw-kaw. aku akan berubah 100%. 100% berubah untuk menjadi baik macam si dia juga(kang lebih-lebih kang kesian pula dia). baru la sesuwai gitu ya dok?

kalau macam ni la memang takkan dapat la lelaki baik

Monday, August 9, 2010

Tahi Lalat


mulai sekarang tiada lagi babel bubble lagi da. indeed tahi lalat. jutaan terima kasih kepada orang kesayangan kerana telah men'yumbang'kan idea yang sangat tak boleh blah ini

Sunday, August 8, 2010

Bertentangan Mata

kata orang tua-tua ke dulu-dulu ke atau hanya sekadar peribahasa melayu dari mata jatuh ke hati. betul ke? serasanya aku pernah rasa akan perasaan itu. terlalu asyik asyik asyiknya. rasa macam taknak je si masa berputar berlalu pergi melepasi sangat-sangat manis bermadu bak strawberi coklat itu. biar la selamanya begitu pun tak mengapa. tapi apa pula akan terjadi kalau salah seorang daripada 2orang tu cepat-cepat berpaling? orang tua-tua orang dulu-dulu macam ni? tolong

Saturday, August 7, 2010

Happy Birthday To Ayah

aku rasa hari ni another bad day untuk aku. sebab? ada 89sebab tapi sebab malas nak taip aku letak 2sebab je

1. da la da lambat nak pergi kelas pukul 810

1.1. boleh pula mereka-mereka sekalian buat spot check kat depan fakulti
1.2. oleh kerana aku tak pakai or senang cakap tak bawak pun kad matrik, so terpaksa la patah balik naik hostel walaupun masa tu jam swatch aku yang da setahun lebih usianya berkhidmat untuk aku menunjukkan sudah pukul 830
1.3. ingatkan da pakai kad matrik lepas la
1.4. guard panggil. tulis tu tulis ni. minta nombor rumah bagai nombor telefon taknak pula. dan suruh sign da macam aku ni artis kejap kat puncak tu. sebab aku tak pakai baju kurung (whatta?)
1.5. masuk kelas lagi beberapa minit nak pukul 900. duh

2. aku tertipu tertipu-tipu teraku
2.1. aku punya la bermati-matian ingat tertinggal kunci rumah kat kelas
2.2. pusing 1fakulti dari bilik kunci sampai la ke bk12
2.3. ke library kejap je teman orang kesayangan pulang buku. boleh pula abang library tu membebel tu la ni la heh kami budak skema la. tak perlu pembebelan tu semua
2.4. rupa-rupanya kat atas meja je. cantik je. aku letak atas meja masa balik ambil kad matrik tadi
2.5. sakit hati gila. macam sia-sia je ke hulu ke hilir walaupun ianya satu perbuatan yang sihat
2.6. aku yang plan nak makan dengan orang kesayangan terus tak jadi. siap hempas pintu lagi

bongok!

hari ni juga, birthday ayah yang ke-53

HAPPY BIRTHDAY, AYAH! SEMOGA MURAH REZEKI, SENTIASA DIRAHMATI ALLAH & DIPANJANGKAN UMUR. SAYANG AYAH:)

plan nak call and then nyanyi ramai-ramai. tapi tak jadi sebab ayah berlembang function. ayah sejak 2menjak 3menjak tukar ke hep ni, busy manjang. dan da pandai main golf menembak bagai. nak belikan hadiah apa eh untuk ayah? nak belikan t-shirt ayah main adidas je. mana ada duit nak masuk al-ikhsan tuh. kasih sayang je boleh ayah?

Tuesday, August 3, 2010

Not Really A Future IP's

masa untuk berposing semua! untuk pertama kalinya aku dengan classmates syok sendiri haha ambil gambar ramai-ramai untuk toreh satu-satu muka sesiapa yang dibenci oh shit mesti la untuk sekadar kenang-kenangan di masa depan juga untuk ditunjukkan pada cucu cicit. excited melampau mengalahkan orang yang nak naik pentas terima 2nd degree


meet Fauzi. his girfriend named Farah. and me, Farah, got dearest boyfriend named Fauzee. Fauzi+FARAH+Fauzee


jangan salah sangka. saya bukan la incredible hulk yang sebenarnya. baju ni memang da terbarai pun. saya hanya mendramatikkannya saja


see also

Saturday, July 24, 2010

Is It Cobaan Or Dugaan?

aku hantar baju aku yang sumpah da patut kena sental kaw-kaw kat dobi dan aku juga minta iron baju aku yang berwarna hijau. tapi masa tu aku betul-betul ingat baju hijau ada 1 je. lupa ada hantar cardigan warna hijau sekali. tapi kalau anda-anda semua la kan yang akan gosok 'baju warna hijau' aku tu, ad 2baju warna hijau which is 1blouse 1 lagi cardigan korg akan gosok yang mana? for sure la blouse kan? gah! terbang rm1.20

Wednesday, July 21, 2010

Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY, LOVE! I HEART YOU

been trying hard to call him. but failed to reach him out. frust menonggeng beberapa minit lalu tidur terbongkang dengan hati yang kecewa tahap kritikal lagi sikit nak kelar nadi

Tuesday, July 20, 2010

Fuh Mantra

movie time! we watched this movie


but before that, we headed to sg wang for the plan that we have planned which is get yourself pierced. fuhhh kiri. fuh fuh fuhh fuhh kanan

wataya think?

reference: http://wonderpets-nuyulaisywp.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

Saturday, July 17, 2010

Farah Who?

buat kesekian kalinya dalam hidup aku melihat bukan diri aku. aku berubah lagi. tapi kali ni daripada 'tak la hitam sangat pun' ke 'terus da tak hitam langsung da' pula


tapi still
(ter)baik hati nak belikan baju untuk kawan yang memang gila shopping tak kira musim harga naik mahupun turun mendadak. tak tahu macam mana boleh TERjanji dengan dia nak belikan baju untuk dia. mungkin sebab 'ala takat baju bundle je apekedehal la' kann. masalahnya sekarang aku bukan beli baju bundle untuk dia

Wednesday, July 14, 2010

Lemme Light Up Your Life

dulu i was like i-city? apa tuh? tapi sekarang

i-city kewl!









aku bersama-sama dengan orang-orang kesayangan telah menyerbu i-city tanpa menghiraukan yang kami ada kelas pagi keesokannya harinya. 1st time for all of us but dunno how many time for one of my loved ones. oleh kerana this one of my loved ones da tak jakun haha da banyak kali pergi i-city so officially dia la yang jadi pemandu dan tour guide untuk tour kami kali ni. oh ya lepas tu aku ada terperasan 'Kamal Adli'. jangan jealous youh:p tapi balik-balik nak cemburukan orang aku juga yang tercemburu sendiri. sebab my one of my loved ones ni rupa-rupanya da lepak dulu dengan this 'Kamal Adli' guy. she was like keep him for herself.. only!

okay enough of that(super jealous haha). agak lama ya kami kat situ. sampai baby i pun risau lalalaa. gerak balik dalam 3am. tapi singgah restoran baraa selama(akronim untuk sekejap) untuk menjamu super supper. ex-boyfie one of my loved ones(again her) pun ada join. makan tu makan ni. minum tu minum ni. gosip sana gosip sini. posing sana posing sini tu perlu. sampai la 5am tunggu one of my loved ones(again again her) hantar ex dia balik ke pangkal jalan. then masa nak balik tu pula boleh pula dia cakap macam-macam sebab her that ex cerita those scary movies to her. in the end she speeds. agak laju juga la dia bawa tau la peminat superbike. aku kat belakang da pucat muka siap mengucap 2kalimah shahadah lagi mana la tau kot-kot tak sempat nak mengucap ke kann



see also
i-city

Tuesday, July 13, 2010

Sorry. Not Interested

isu:

masalah "siapa yg nak jadi ketua umah"


semua orang was like "busy" "busy la" "semester ni busy la" termasuk aku pun. tapi aku bukan suka-suka pun nak cakap busy busy la semester ni busy la macam mereka-mereka sekalian tu. bukan suka-suka taknak tau. tapi sebab aku memang taknak pun hahha! aku tak percaya aku boleh control orang apa lagi remote control yang selalu je hilang lepas aku yang pegang. diri aku sendiri pun perlukan bimbingan ke jalan yang lurus lagi luas tapi rasanya in future jalan kecik pun da muat sebab da kurus la kunun. lastly decision was made up. orang kesayangan again will be the ketua rumah. kebetulan malam tu ada taklimat pengetua dan ketua rumah diminta supaya semua ketua rumah turun dan hadirkan diri. kebetulan lagi sekali juga my this loved ones ada kelas sampai 10pm. so da semua orang busy busy la semester ni busy la sangat aku pun merelakan la diri aku ini untuk mengabdikan duh wakilkan my loved ones or should i say wakilkan 1rumah? whatever tapi-tapi.. dapat kuponlah

Saturday, July 10, 2010

Kakak, Akak & Kak

aku boleh juga la nak dikatakan asyik berkepit jek dengan orang kesayangan aku yang lebih tua daripada aku. maka dengan itu ada la beberapa kali TERpanggil orang kesayangan yang sama umur tapi bukan sama saiz dengan aku AKAK

Thursday, July 8, 2010

Lawatan Budak-Budak Rumah 1E13 & 14

mula semester ni je aku bersama orang-orang kesayangan da keluar pergi KLCC







motif? nak tuntut sim card one of my loved one. her phone xpress music hilang. atau dalam kata lain kena curi. poor her. but now shes already got her new phone. what model, ask her yourself (cemburu ni)

oh did you notice that me at first wearing blue cardi but afterwards changing into black new cardi?


see also

Saturday, July 3, 2010

Seharian Di Putrajaya

hari ni aku telah membuat keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup aku oh taknak mati lagi telah membuat keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti semester aku kat putrajaya ataupun lebih tepat lagi kat pejabat ibu yang berada dikedudukan janm bersebelahan dengan kdrm

sampai putrajaya. masuk bangunan janm. letak kereta. masuk pintu. naik lif. tingkat 6. masuk pintu lagi. jalan. masuk pintu lagi. nampak pantri. jalan lagi. belok kiri. jawab pertanyaan kawan ibu "ha ah tengah cuti". lagi jalan lagi. baru sampai bilik ibu. eh belum lagi. ibu punch kad dulu. lepas tu baru masuk bilik. aku terus cari spot baik punya untuk aku lepak tengok movie yang aku da plan dari keluar dengn senior lagi Paranormal Activity sebab dulu aku tengok tak habis. tergantung sebab macam apa entah. mungkin sebab terlalu perlahan sebab aku kan memang gelojoh orangnya. habis je movie Paranormal Activity tu terus sambung movie Pathology pula tapi belum sampai setengah pun movie tu yang tengok aku

pukul 1245 baru bangun sebab nak pergi pasar putrajaya. masa aku dengan ibu nak keluar pergi pasar putrajaya ibu ada borak dengan salah seorang kawan ibu sekejap tapi aku lebih layankan mood blur aku tiba-tiba kawan ibu tu jerit kat aku

"jalan kaki la farah. exercise"

masa tu aku agak blur lagi sebab baru bangun kan tanpa fikir panjang aku

"ha? ye la. exercise la ni. eh ehh (masa ni baru aku tersedar yg kami akan pergi pasar putrajaya naik kereta). eheheheh"

Friday, July 2, 2010

Date With Seniorita



we spent our times together like to-get-her heh. we had our unplanning movie marathon when we started feel lazy to go out cross the roads and building. mula-mula rancang nak tengok The Back-Up Plan je dan lepas tu pergi melalak tapi disebabkan tempat baik punya untuk melalak tu jauh pula. tanpa fikir panjang maki terus tukar plan. oh aku suka je. lepas tengok The Back-Up Plan kat hall 1 terus ke hall 8 untuk movie Frozen pula. best movie experienced ever. sebab macam dapat rasa 'frozen' juga duduk dalam pawagam tu masa tu cuma takde la rasa macam ada kat tempat kejadian

reference:
http://www.colamovies.com/movie.php?movie=The+Back-up+Plan
http://www.matttrailer.com/frozen_2010

Thursday, July 1, 2010

Sila Guna Pen.. Sil

ada ke pergi jawab bahagian esei pakai pensil? tapi da siap tapi takut pensyarah jenis yang akan 'pangkah' kalau student pakai pensil tapi baik tanya daripada fail terus subjek dia kan. kebetulan dia memang suka jalan-jalan dan berhenti dekat meja depan aku. aku pun

"psst psst. en pensyarah"

"ha apa dia?"

"um kalau pakai pensil boleh x?"

masa aku tanya tu plak aku da siap. punya la tkejut dia

"kenapa tak pakai pen?"

tak pasal-pasal aku speaking

"i dont have any pen"

terperasan kantoi pen atas meja cepat-cepat aku sorok

"bak sini saya tengok"

aku da cuak. sepanjang dia nak ke meja aku berpeluhpeluh aku. lama juga dia usha paper aku

"okay la. takpe"

fuhh!

"markah tak kurang kan?"

"eh mesti la kurang"

huh?

"tak apa laa en pensyarah?"

"ye laa"

whee!

mengongnya budak. ingat kau tu budak sekolah lagi ke? tak tau asal aku lebih suka guna pensil daripada pen



ni je koleksi pensil.. yang ada kat rumah aku tapi yang 2batang pensil mekanikal tu aku baru letak tadi

dan aku ada juga buat monolog pasal pensil untuk dapatkan A untuk subjek ko-kurikulum eh tak la mesti la mula-mula tu takat assinmentg biasa je. aku ambil teater untuk subjek ko-kurikulum kat unisel



MONOLOG

Aku: Dimanakah aku? Kenapa suasananya suram dan gelap? Mengapa?
Mengapa terdapat banyak buku hasil karyawan-karyawan terdahulu di sini?

Krakk! Aku terpijak pensil. Patah. Terbahagi dua. Satu bahagian depan yang kepalanya sudah tumpul akibat terlalu lama digunakan dan satu lagi bahagian belakang ekornya yang ada kesan gigitan gigi tuannya yang sedang mencari ilham.

Oh! Aku di dalam bilik bacaan datukku.

Aku: Rasa-rasanya ini pensil tua kepunyaan arwah datukku. Waktu dahulu, beliau adalah seorang karyawan yang terkenal di Malaya. Banyak karya yang beliau hasilkan daripada sebatang pensil yang telah aku pijak ini.

Aku kembali mencantumkan kedua-dua belah pensil yang patah akibat dipijak aku sebentar tadi. Sedang aku hendak mengacu-acukan kedua-dua pensil itu supaya bercantum semula, kata-kata arwah datukku yang berkisah tentang prinsip pensil terngiang-ngiang di telingaku dan bermain-main di kepalaku.

Sebatang pensil tidak akan hebat jika tidak berada di tangan. Bermaksud tangan yang melakukan benda-benda bodoh yang tidak berfaedah patut dipotongkan sahaja.

Apabila mata pensil patah atau tumpul, pensil akan mengalami kesakitan. Ianya seperti janganlah kau melukai dan menghancurkan hati kedua ibu bapamu kerana sangat memedihkan balasannya diwaktu kelak.

Pensil, apabila ditulis atas apa sahaja jenis permukaan, ia akan meninggalkan kesan sama sekali. Sama seperti fikir dahulu sebelum buat sesuatu perkara. Jika melakukan sesuatu perkara yang jahat, ianya pasti akan menghantui seumur hidup. Tetapi Allah itu maha penyayang dan pengampun kerana memberi peluang kedua utuk memperbetulkan kesilapan seperti mana pensil juga. Walaupun ditulis panjang lebar, ia masih boleh dipadam jua.

Tetapi tahukan kau apa yang menjadikan sebatang pensil begitu hebat? Tidak. Kau tidak tahu. Aku sahaja yang tahu akannya. Aku bagitahu kau. Isinya yang di dalam itulah yang menjadikannya hebat, wahai cucuku.

Sebab itu datuk selalu mahukan semua orang melayu menjadi seperti pensil! Dimana bukanlah jadi seperti pensil yang badannya kurus tinggi tetapi memegang pada prinsip pensil.
Aku: Ya. Baru aku teringat akan itu. Terima kasih datuk. Akanku dengar dan ingat kata-katamu itu. Mari pensil. Mari aku rawat luka dibadanmu ini yang aku buat tadi.

TAMAT



pensil lagi tapi disebabkan 'pensil' ni juga aku terpilih untuk menjadi antara 5 'Tuan Pengarah' yang bertuah untuk mengendalikan mini teater untuk hasil karya yang kami karang ni buktinya



Hi.

Tn Pengarah berkebebasan mghantar e-mail utk skrip yg sdg dibangunkn pd bila2 waktu (baca:digalakkan). Sy akan cuba mndaptkan acuan terbaik agar karya akhir akan menjadi sngat bernilai. Struktur cerita yg dicadang pd kelas lepas juga bukanlah satu ketetapan terakhir, buatlah apa yang rasa hendak dibuat.

Tulislah dgn apa2 rasa pun, gunalah bahasa yg paling baik hingga paling kurang ajar, karang yg logik hingga tak masuk akal, gunakan yang terbaik dan terjahat, yg kesyurga dan keneraka. Latakkan batu kebebasan dengan radius 10000000km...bebas...bebas...B.E.B.A.S.

Lepas tu baru kita sunting. Selamat maju jaya untuk Tuan Pengarah.

dari,
mokhtazul haizad mokhtaram
lec teater.

TERIMA KASIH:)



ada la satu masa tu aku terkejut beruk la. sebab lepas tu ada filem yang lahir dengan tajuk Pensil. omgomg. ada orang curi idea aku ke?



reference: http://www.gilamovies.com/movie_genres.php?index=10&page=2&genre_id=3&flag=0

Wednesday, June 30, 2010

Pensil Kau Pensil Aku

tengah sibuk cari template yang comel-comel untuk orang yang comel juga ni ehem tiba-tiba ternampak template penciling. memang comel seperti apa yang kuinginkan. terus teringat kat hasil nukilanku yang telah berjaya menembusi jiwa kebal pensyarah teaterku kerana beliau telah memilih karyaku yang bertajuk PENSIL daripada beribu okay tipu la tu beribu kan berpuluh kawan-kawanku yang turut sama berhempas pulas untuk merebut title tuan pengarah. dan beberapa keturunan selepas itu ada filem lahir dengan bernombor pendaftaran Pensil. and then i was like eh berani ada orang curi idea aku

bersambung di entri atas

Tuesday, June 29, 2010

Woman Between Two Great Man

baru tau punyalah syok berblog stalkingwalking. sampai ke komen pun nak distalkingwalkingnya. tiba-tiba ternampak point baik punya Sindrom Anak Kedua. tapi aku tak ambil port sangat sebab... (tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu)


sebab... (hehehe) ah kita tggu n lihat saja la nati


love this photo a lot sebab ada rupa Zahnita Dorothy Hussein Wilson kan?

reference: http://nutwalker.blogspot.com/2010/08/zahnita-dorothy-hussein-wilson.html

Sikit-Sikit Tom Yam. Tom Yam Tom Yam Banyak

hari ni tiba-tiba pula ibu nak masak tom yam. kata ibu ayah yang suruh eleh. sebab macam sedap pula mihun tom yam yang aku order semalam. well memang sedap pun walaupun ayah komen

"ni orang indon yang masak ni"

ala ayah tu. komen-komen pun habis juga. siap 'cuci' ayam lagi pakai tom yam sedap tu. tapi ibu punya tom yam sedikit s-e-d-i-k-i-t tawar sebab kami memang tak digalakkan sangat makan manis-manis dan masin-masin ni dan tom yam ibu ni terlalu banyak sayur dan mungkin lebih sesuai jika dipanggil sayur tom yam dan bukannya tom yam sayur

Sunday, June 27, 2010

Kepada Sesiapa Yang Buat Lawak Tapi Orang Tak Gelak, Kita Geng

kejadian yang agak tak boleh blah ni berlaku masa lepas da habis makan malam. tapi still duduk lepak kat meja makan. sebelum tu, ayah ada beli kaya dalam tin. ibu pula sibuk suruh pindahkan ke tupperware. okay aku da pindahkan. kaya kan lembik kan? aku suruh adik simpan dalam peti ais. sebab dia yang paling dekat dengan peti ais eheh. aku tolak la sket kaya tu ke arah adik. dan aku nampak kaya tu bergerak macam blob. teringat cerita The Blob, aku pun

"eh adik. macam blob la"

tanpa melengahkan masa, aku

"rawr, rawr, rawr. makan adik"

dengan muka-muka sekali aku 'rawr'kan. lepas itu

"rawr, rawr, rawr. makan ibu pula"

masa tu ayah da blah dari meja makan da. kalau tak mesti dengan ayah-ayah pun kena 'rawr, rawr, rawr'kan sekali. adik da usha pelik. masa ni aku tak pasan lagi ibu pun da usha aku. tiba-tiba ibu cakap

"tak kelakar pun?"

ni la kaya yang macam blob tu

Saturday, June 26, 2010

Pisau Cukur

masa makan malam tadi ayah dan ibu ada cakap pasal apa tah. pasal nak pass something kat anak gitu laa. aku tak faham. aku nak tau gak. aku pun menyampuk

"apa yah? apa bu?"

ibu jawab

"bapa PM anak pun PM"

aku tanya lagi

"tak boleh eh?"

ibu geleng. aku pun

"ohh. mmg ah tak boleh. kalau harta boleh la"

tiba-tiba lepas itu aku nak minta nasi kat adik tapi aku

"adik nak duit eh ehh"

Friday, June 25, 2010

Berhati-Hatilah Di Jalanraya. Anda Mampu Mengubahnya


kereta dah okay. 4ratus terbang macam itu je. tapi syukur sangat-sangat sebab ayah tak marah-marah sangat. ibu pun sama. cuma masa mula-mula tu ada la ibu macam marah dan kecewa

hopefully lepas ini kalau drive lagi. takde la jadi hal-hal macam ini lagi. amin. tapi abang tetap tak berhenti kenakan aku. masa sebelum nak hantar pergi bengkel, kami plan untuk lekat atau tutup lubang kesan kopak tu dengan plastik sebab takut air masuk. sepanjang nak tunggu hari untuk hantar pergi bengkel tu abang

"taknak ah naik kereta plastik"