Friday, October 22, 2010

Imma Freelancer

weyhh dapat upah rm10 sebab tangkapkan gambar satu keluarga belah ibu yang datang dari muar lol tak ah ikhlas dari hati merah jambu. tapi rasanya lagi banyak melayan si anak lagi-lagi si adik daripada yang lain










these guys are soo cool playing those instrumental that i dont freaking know what it is nak tanya tapi malu lol










okay lepas da 3jam oh melampau selepas beberapa jam berposing sana berposing sini sampai beberapa kali nak jatuh dan ada sekali tu da terjatuh pun haha kami pun balik. tapi laper deng. ingat nak makan pizza kat pizza hut well i main pizza hut je cheh. nasib tak menyebelahi bila pizza hut hanya buka sehingga pukul berapa tah tak tengok pula jam pukul berapa. ah tu tak penting. teruskan misi jalan-jalan cari makan ke kfc pula. lagi sekali nasib tidak juga menyebelahi kami. kfc packed with uitm shah alams students yang poyo bajet dapat 4flat belajar dalam aircond besertakan aroma ayam goreng en kentucky. takpe takpe. masak kari guna babas ada hari kami kebas itu kfc hahaha. berpegang kepada kata-kata semangat alang-alang menyeluk saku biar sampai ke pangkal lengan(what the?) kami mengambil keputusan untuk berputus asa sahaja dan memulakan sesi makan bersama keluarga di restoran apa tah namanya lupa pula sebab bila saku penuh dengan duit kertas juga beberapa keping duit syiling sampai terlondeh saku tersebut sampai nak seluk dan ambil pun kami terpaksa menggunakan dari hujung jari hingga la ke pangkal lengan kami tidak kisah untuk makan dimana sahaja lol


wahhh.. kakak-kakak sebelah meja kami order roti gunung everest(hentam jek!)

nah. tak dapat melantak dapat melekat pun jadi

Sendiri Cari Masalah

dari tingkat atas sekali klcc aku bermarathon sampai ke bawah sekali klcc semata-mata untuk cepat tiba di kereta comel lote untuk memecahkan tingkap pintu pemandu bagi mendapatkan handphone yang ketertinggalan supaya tidak pula ketinggalan lagi sekali untuk menonton cerita hantu yang lagi sikit nak blah keluar dari pawagam sebab terlalu kelakar sehingga tidak dapat menahan diri daripada rasa hendak terkench

okay tipu terjerit-jerit macam orang gila kerana terlalu takut melihat kelibat hantu yang menonjolkan diri tanpa warning juga lagi sikit nak keluar dari skrin

tu la. nak 3D sangat kan. hambekk


reference: http://en.wikipedia.org/wiki/The_Child's_Eye

Imma Past Tense Person

ada seutas tali panjang yang memisahkan kami antara laluan ke syurga dan neraka eh laluan belah sini dengan laluan belah sana. ibu tolong angkatkan tali itu sebab kebetulan ibu jalan dulu ke depan dan kami tukang angkat beg. aku berada di tengah-tengah tengah kasihan melihat ibu mengangkat tali yang agak ketatan lalu menyuruh semua orang yang jalan santai seperti sedang berada di pantai untuk melintasi dengan gelojohnya dengan berbunyi seperti memakai microphone bersambung kepada sound system high bass

"cepat-cepat WENT through WENT through"

dah la salah. ulang dua kali plak tuh

Thursday, October 21, 2010

Exercise Makes Perfect

mula-mula berenang eh tak


mula-mula main air dengan kaki je kat tepi kolam sambil buat muka monyok menyesal lalu salahkan abang dan adik sebab tak hasut bawa baju lebih. sebab macam comel pula tengok abang berenang gaya anjing

keesokannya tengok-tengok da dalam kolam dengan abang. keesokannya lagi, datang siap bawa goggle dengan penyepit hidung lagi untuk mengecilkan balik hidung yang da kembang terlebih sebab da TERpandai berenang ish mesti la untuk mengelakkan daripada terminum lagi sekali seteguk air percuma bercampur klorin sebab satu tangan da boleh fokuskan untuk pegang bahagian tepi kolam untuk berhenti makan angin sekejap. tak payah nak picit-picit hidung da ish mesti la untuk nampak bergaya berenang bermacam-macam gaya ahha

keesokannya lagi sekali, bertiga pula membuat aksi bajet comel dalam kolam. orang kesayangan ajar floating dan berenang katak. oh terapung 2saat je tapi menggelabahnya melampaui batas dan tak boleh kangkang besar-besar untuk menggayakan aksi katak betina kejar katak jantan yang sedang kejar katak betina lain sebab saya sangat sopan-santan orangnya. juga tak boleh gayakan gaya anjing comel lari dalam air sebab saya bukan la seekor anjing.. walaupun kadang-kala macam hanjing gak perangai

balik-balik je terus tak ingat dunia dan akhirat. tapi terasa SIKIT la badan ini in shape chewaah padahal baru berenang 3x jek. tu pun bukan terus boleh berenang pun. terkial-kial mengawal berat badan mengalahkan kucing yang kelam kabut lari bila kena air

Wednesday, October 20, 2010

Jangan Nak Air-Cond Sangat-lah-kan

special request dengan ayah nak poyos-poyos drive kereta baru seorang diri sebab da dua purnama tak drive (ayah dan ibu cakap kena la drive selalu supaya dapat biasakan diri bawa kereta=alasan yang digunakan supaya ayah merealisasikan impianku selalunya mesti kena guna nama ayah dan ibu balik)

excited punya pasal sampai sanggup berpanas berpeluh malah berlencun youh. sampai je kat tempat yang da diaim awal-awal sedari semalam lagi untuk ditujui sampai tak sempat menyempat nak buka seatbelt dan keluar dari kereta walaupun da macam pre-hell sebab lagi-lagi da matikan enjin terus mengadu dekat ayah

"laa tak tekan A/C memang la panas"

Tuesday, October 19, 2010

Sabar Je La Anak

kuku kakiku kiba-kiba kati

lol

kuku kakiku tiba-tiba mati


haa baru betul hadohh. tak tau asal tiba-tiba kuku kedua kaki belah kiri mati! masa tu tak fikir lain da. nak pakai kasut 24/7 haha bila keluar je la. memang agak menakutkan bila tengok ada kuku yang mati. tanya ibu

"ibu. kuku mati ni nanti akan naik kan?"

"naik apanya. tumbuh la"

Sunday, October 17, 2010

Finally A Car

eh ehh terover excited pula tengok viva comel kecik je depan rumah. apa lagi terus la cuba try test drive dari bukit jalil lepas hantar kawan orang kesayangan. tak cukup lagi dengan tu sambung lagi pada belah malamnya dengan hantar orang kesayangan balik utm


jalan-jalan pusing kl dengan orang-orang kesayangan. lepas da dapat apa yang diingini dari dulu lagi balik tidur dengan lenanya. terima kasih yang tak terhingga sehingga akhir hayat pada orang kesayangan kerana telah membelikan kereta comel lote itu dan sudi menyokong aku yang kadang-kala tak reti menghargai sesuatu benda itu

Friday, October 15, 2010

Don't Confused Your Beautiful Mind

oleh kerana terlalu ghairah dalam mengambil berat untuk 4flat semata-mata atau dalam perkataan yang biasa student guna fokus dalam subjek cataloguing sangat aku sampai tercakap

"er cik hidayah. may i have ur.. uhm.. CALL NUMBER?"

Wednesday, September 15, 2010

Lumrah Hidup Di Tengah Kota Raya


jammed manjang!

da lambat ni nak pergi Pavilion tengok Resident Evil:Afterlife dengan orang-orang kesayangan. tapi mungkin sebab kami pergi dengan niat yang baik untuk tengok wayang bersama orang tersayang kami dapat juga park kereta kami di salah satu bangunan di tengah-tengah KL walaupun jam sudah menunjukkan hampir waktu penayangan kami bermula. whatever it was, we all still enjoy the movie alot. aku macam biasa la. terjerit sana terjerit sini


it all went superb until orang-orang kesayangan didn't expect RE still got extention of it

reference: http://www.soulculture.co.uk/blogs/film-tv/film-blog/resident-evil-afterlife-3d-trailer-2-geek-alert/

Monday, September 13, 2010

I Love Taman

tengah mamai kemamai sebab baru bangun tidur dan juga sebab sedang berada di dalam kereta yang bergerak ala-ala formula1. tiba-tiba telefon yang campak kat anjing anjing pun mati berbunyi. ish siapa yang berani kacau beta beradu nih

"hello"

"who is this?"

"who are you?"

"u texted me"

"huh? seriously meh? i text my friend"

"nama you siapa?

"i farah. you?"

"taman"

"huh? taman? taman apa?"

Tuesday, September 7, 2010

Kakiku Taknak Berhenti

mid valley+sg wang+berjaya times square=forever mid valley

kesimpulannya? jangan ikut kaki, ikut telepati yang ada. mula-mula plan nak pergi 'shopping' kat mid valley je. tapi macam tak puas hati pula takde kasut yang terberkenan di zahir dan batin. plus harga disitu agak tak tercapai dek akal lagi-lagi akal remaja sepertiku yang tak suka betul tengok banyak nombor kat tag harga. so text orang kiri kanan tanya macam mana nak pergi berjaya times square dengan harapan yang tinggi menggunung dapat la diri yang kudus ini menghembuskan nafas lega tengok nombor ciput je kat tag harga. sanggup tu redah seorang diri buat muka comel tak tau apa-apa semata-mata untuk menggenggam sepasang kasut dan untuk menghidu bau kedai yang melekat kuat pada kasut menunjukkan kasut baru la konon. tapi hampeh je. lastly beli kat mid valley gak. balik sumpah-seranah kat diri sendiri sebab da berjaya diperbodoh diri sendiri dengan cemerlang dan gemilangnya

alasan besi kerikil nak pergi Mid Valley hari ni sebab nak tengok Piranha!


tak ah. tipu ah tu kan. sebenarnya nak cari kasut raya untuk raya yang akan tiba tak lama lagi ni. alang-alang tu tengok la sekali

reference: http://www.cinemablend.com/gallery/previews/Piranha-3D-3544.html?tid=26987

Saturday, September 4, 2010

Kuketinggalan Kucingku

hari ni nak balik rumahku syurgaku bukan syurgamu. da siap ni packing beg sebesar alam. siap sediakan 1beg special untuk kucing beradu lagi tau. sebab abang cakap dia nak jemput saya kat puncak pakai limo besertakan karpet kuning emas oh itu idea kawan jadi saya pun repack la beg saya balik daripada 1beg ke 2beg. da settle da semua. tapi ada 1benda yang tertinggal


lepas tu orang-orang kesayangan saya usik saya dengan memms gambar ni pada saya

Thursday, September 2, 2010

Cakap-Cakap Ibu Cakap

punya la lama tidur-tiduran dan bergolek-golekkan macam tapir dalam 'bilik stor' (metafora untuk menyatakan betapa kotor dan berhabuknya bilikku) tapi bila da nak balik puncak baru nak sibuk-sibuk bajet tunjuk rajin macam bibik sapu bilik haha. cakap dengan ibu dan ibu cakap

"kau memang suka buat lawak"

Saturday, August 28, 2010

Just Be A Typical Kampung Girl

setelah setahun lima bulan lamanya menunggu kesan suntikan botok, akhirnya aku cun juga eh akhirnya berakhir sudah appointment aku dengan Dr nathan. muka aku yang dulunya 'hancur' kini sudah pulih sepenuhnya tanpa ragu-ragu. tapi tak berapa nak pulih sepenuhnya sangat la kan sebab still apply ubat sebelum tidur heh. lepas ni turn adik tersayang pula. pada mulanya adik tersayang kata dia taknak sebab ye la anak kesayangan ibu sayang lagi terlebih sayang(nampak benar ayat cover jealous). baik la konon taknak perabihkan duit ibu sayang lagi terlebih sayang macam aku perabihkan duit ayah sayang terlebih sayang. sekarang ni abang tersayang dalam proses. kalau sebelum ni aku la insan yang paling bertuah dapat face to face dengan Dr nathan tak kisah la da berapa riban duit ayah sayang terlebih sayang dan ibu sayang lagi terlebih sayang habis, lepas ni adik tersayang pula merasa apa yang aku da lalui. aku? well senang cerita aku bertukar position la. kalau sebelum ni adik tersayang hanya ikut, teman dan tunggu. tapi aku pula yang hanya ikut, teman dan tunggu. bayar? tu ibu sayang lagi terlebih sayang dengan ayah sayang terlebih sayang punya hal. lepas abang tersayang dan adik tersayang da okay, ayah sayang terlebih sayang pula. ha apa? ibu sayang lagi terlebih sayang? oh ibu sayang lagi terlebih sayang da semulajadi cantik da

Thursday, August 26, 2010

Except Math

menitis beberapa titik air peluh masin memilih nak ambil ayam bahagian mana, sambal masak apa, sayur pun main tibai je ambil sebab memang ada dua jenis jek seperti apa yang orang kesayangan kirim. da dapat memenuhi selera orang kesayangan lalu bagi la kat sorang mamat ni suruh kira. punya la berpeluh mamat ni sampai terpercik sikit peluh dia kat aku dia nak kira 2.8+2.3=berapa. ek eleh.. aku pun tak tau gak. duh tapi sempat la kira dalam kepala berapa. tapi dia aku tengok kalau bagi masa tiga hari pun belum tentu dapat kira berapa

ada masa lapang nanti nak belajar hafal sifir dengan siti sifir la

Wednesday, August 25, 2010

Secret Admirer?

hari ni takde angin sepoi-sepoi bahasa perancis atau ribut taufu apa lagi taufan megi tiba-tiba ada seorang budak text aku cakap ada orang kirim salam kat aku

"Akak ada orang kirim slm kat akak"

rupa-rupanya semua itu hanyalah keseronokan bagi kanak-kanak yang tak datang bulan lagi dapat kenakan orang yang lagi cantik daripada mereka. free-free kena game

Tuesday, August 24, 2010

Satu Hari Di Bulan Ramadhan

tak tau asal la hari ni aku terjatuh. da la jatuh depan orang. pula tu selipar kesayangan aku putus. bukan satu pula tu. tapi dua! dalam satu hari tu yang menyayat hati tu. tapi masa lain-lain la(sedapkan hati kejap)

cerita selipar satu

pukul 1730++ masa pergi beli makanan. sebab tak perasan ada batu comel kat tengah-tengah jalan bertar. agak tak boleh blah masa ni sebab jatuh betul-betul depan seorang budak perempuan yang boleh dikatakan tak la seperti seorang budak yang takkan ingat muka merah jambu menahan malu sebab jatuh ni baik punya tengah duduk kat depan blok b. mesti balik dia cerita kat kawan-kawan dia

cerita selipar dua

pukul 1830++ masa nak pergi beli air pula. tapi kali ini bukan salah aku sebab cuai ke leka ke tak perasan ada batu comel kat tengah-tengah jalan bersimen. tapi orang kesayangan aku yang terpijak sebab dia jealous tengok gaya aku berjalan ala-ala model catwalk menjadi heh. nasib baik kes yang kedua ini tak jatuh macam kes yang pertama tadi. kalau jatuh juga, tak tau la. tukar lim kok wing terus kot?

sebab ini juga, aku berpeluang menjadi cinderella terlampau sebab real cinderella at least sebelah je. tapi aku tamak sikit dua-dua belah

Sunday, August 22, 2010

Public Transport Vs. Own Car

awak comel la. awak nak pergi mana?


ish jauh tu awak


ya saya tau

bila la ayah nak bagi aku drive sendiri dari serdang ke shah alam dan dari shah alam ke serdang. aku bukan la nak berlagak yang aku boleh drive atau aku seorang je yang ada kereta. tapi aku da tak tahan nak tunggu bas dan tren sampai rasa macam nak meroyan seorang diri je kat situ. bayangkan la kalau balik naik kereta tak sampai 1jam pun(kalau tak tersangkut dalam jam la). tapi kalau naik public transport boleh bukan takat makan je malah boleh menelan masa sampai 4jam++. gila! kenapa? tak percaya? mai sini nak habaq mai

1. mula-mula kena tunggu bas tersayang nombor 605

setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? belum lagi. lepas 1jam(exaggeratenya!) berangan dalam bas, turun kat pkns dulu. kat pkns tu pula

2. kena tunggu bas nombor 529 yang terchinta

pun setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai ktm shah alam la? betul la tu. lepas 1jam(exaggeratenya!) sambung berangan dalam bas, sampai pun kat ktm shah alam. da sampai kat ktm shah alammm. lega kejap sebab da lepas cabaran yang pertama


3. kena tunggu tren ke sentral kl terkenal lagi


lagi sekali setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat 2 3stesen da sampai sentral kl la? entah. tak pernah pula nak kira berapa banyak stesen. sila rujuk gambar 2 diatas ehek. lepas setengah jam, sambung berangan dalam tren pula. sampai sentral kl, tukar platform pula. cabaran seorang insan yang bergelar student memang perit

4. kena tunggu tren ke serdang terbaik pula

lagi sekali lagi setengah jam kemudian, baru sampai

eh da sampai la

apa ingat da terus sampai rumah la? selepas setengah jam berangan jek dalam tren, sampai juga kat serdang. kat ktm serdang pula

5. kena tunggu ayah dan ibu yang tersayang dan tercinta sampai mati datang pula

entah berapa banyak setengah jam kemudian, baru sampai. apa ingat da terus sampai rumah la? kalau takde apa-apa hal terus sampai la. tapi kalau ada plan lain memang belum sampai lagi la. lol

laa awak da sampai rumah awak pun? saya baru nak tolong hantarkan awak..

awak ada kereta ke? kenapa tak cakap awal-awal?

eh takde la. maksud saya boleh saya temankan awak sepanjang perjalanan balik awak


references:
http://zkeretapi.blogspot.com/2009_09_13_archive.html
http://www.lcct.com.my/transportation/ktm-komuter/about-ktm-komuter
http://www.flickr.com/photos/8864628@N04/2791445515
http://ja-intec-ielts.blogspot.com/
http://wn.com/ktm?orderby=published

Sunday, August 15, 2010

Tak Sedar Diri

ada la seorang budak perempuan tu kan. da la tak puasa. boleh pula pergi geledah stok makanan kat rumah orang. pula tu dia juga la orang pertama yang duduk kat meja makan. siap rajin lagi bukakan tudung saji. dan dia juga la orang terakhir yang bangun dari meja

Saturday, August 14, 2010

Aku Yang Disukai Ramai

da la disukai ramai. baik hati. lemah lembut. pyayang pula tu(wut?!) betul ni. tak tipu. bila aku tengok cara aku tegur sahsiah rupadiri budak part 1 dengan cara orang kesayangan aku kendalikan memang berbeza. like b-e-r-b-e-z-a. nampaknya lepas ni aku kena belajar untuk menjadi lebih bagus lagi daripada orang kesayangan aku itu eh mestilah lebih tegas supaya mereka hormat aku dan juga tidaklah kepala aku kena pijak sampai penyek macam penkek yang sedap dimakan bercicahkan madu dan sambal tumis. tapi aku tetap rasa aku tak boleh sebab aku memang da dilahirkan satu pakej disukai ramai baik hati lemah lembut malah penyayang. bak kata fizah

"mungkin da 2 cara kau. xpe la. kau jd ajk yg baik"

yay!

Friday, August 13, 2010

Yan Yin Yun

yan! yan! yin! yin! ingat lagi tak conversation kita kat fb hari tu? yang pasal nama tu. i sibuk nak yun sebab poyo bajet yuna la. dan i TERperasan lukisan hanging toy yang i lukis, orang yang duduk selepas i tu tulis conversation balloon atas lukisan tu. tau dia tulis apa? "hello im yun". cute but it was a hanging toy illustration. terus tak cute da

Tuesday, August 10, 2010

Adakah Si Dia Jodoh Aku?

kalau aku dapat lelaki yang baik(dan handsome). kalau aku dijodohkan dengan lelaki yang baik(dan kaya). aku janji dengan diri aku sendiri secara senyap-senyap tanpa memberitahu orang lain sebab nanti takut takkan buat lepas tu nanti kena kutuk kaw-kaw. aku akan berubah 100%. 100% berubah untuk menjadi baik macam si dia juga(kang lebih-lebih kang kesian pula dia). baru la sesuwai gitu ya dok?

kalau macam ni la memang takkan dapat la lelaki baik

Monday, August 9, 2010

Tahi Lalat


mulai sekarang tiada lagi babel bubble lagi da. indeed tahi lalat. jutaan terima kasih kepada orang kesayangan kerana telah men'yumbang'kan idea yang sangat tak boleh blah ini

Sunday, August 8, 2010

Bertentangan Mata

kata orang tua-tua ke dulu-dulu ke atau hanya sekadar peribahasa melayu dari mata jatuh ke hati. betul ke? serasanya aku pernah rasa akan perasaan itu. terlalu asyik asyik asyiknya. rasa macam taknak je si masa berputar berlalu pergi melepasi sangat-sangat manis bermadu bak strawberi coklat itu. biar la selamanya begitu pun tak mengapa. tapi apa pula akan terjadi kalau salah seorang daripada 2orang tu cepat-cepat berpaling? orang tua-tua orang dulu-dulu macam ni? tolong

Saturday, August 7, 2010

Happy Birthday To Ayah

aku rasa hari ni another bad day untuk aku. sebab? ada 89sebab tapi sebab malas nak taip aku letak 2sebab je

1. da la da lambat nak pergi kelas pukul 810

1.1. boleh pula mereka-mereka sekalian buat spot check kat depan fakulti
1.2. oleh kerana aku tak pakai or senang cakap tak bawak pun kad matrik, so terpaksa la patah balik naik hostel walaupun masa tu jam swatch aku yang da setahun lebih usianya berkhidmat untuk aku menunjukkan sudah pukul 830
1.3. ingatkan da pakai kad matrik lepas la
1.4. guard panggil. tulis tu tulis ni. minta nombor rumah bagai nombor telefon taknak pula. dan suruh sign da macam aku ni artis kejap kat puncak tu. sebab aku tak pakai baju kurung (whatta?)
1.5. masuk kelas lagi beberapa minit nak pukul 900. duh

2. aku tertipu tertipu-tipu teraku
2.1. aku punya la bermati-matian ingat tertinggal kunci rumah kat kelas
2.2. pusing 1fakulti dari bilik kunci sampai la ke bk12
2.3. ke library kejap je teman orang kesayangan pulang buku. boleh pula abang library tu membebel tu la ni la heh kami budak skema la. tak perlu pembebelan tu semua
2.4. rupa-rupanya kat atas meja je. cantik je. aku letak atas meja masa balik ambil kad matrik tadi
2.5. sakit hati gila. macam sia-sia je ke hulu ke hilir walaupun ianya satu perbuatan yang sihat
2.6. aku yang plan nak makan dengan orang kesayangan terus tak jadi. siap hempas pintu lagi

bongok!

hari ni juga, birthday ayah yang ke-53

HAPPY BIRTHDAY, AYAH! SEMOGA MURAH REZEKI, SENTIASA DIRAHMATI ALLAH & DIPANJANGKAN UMUR. SAYANG AYAH:)

plan nak call and then nyanyi ramai-ramai. tapi tak jadi sebab ayah berlembang function. ayah sejak 2menjak 3menjak tukar ke hep ni, busy manjang. dan da pandai main golf menembak bagai. nak belikan hadiah apa eh untuk ayah? nak belikan t-shirt ayah main adidas je. mana ada duit nak masuk al-ikhsan tuh. kasih sayang je boleh ayah?

Tuesday, August 3, 2010

Not Really A Future IP's

masa untuk berposing semua! untuk pertama kalinya aku dengan classmates syok sendiri haha ambil gambar ramai-ramai untuk toreh satu-satu muka sesiapa yang dibenci oh shit mesti la untuk sekadar kenang-kenangan di masa depan juga untuk ditunjukkan pada cucu cicit. excited melampau mengalahkan orang yang nak naik pentas terima 2nd degree


meet Fauzi. his girfriend named Farah. and me, Farah, got dearest boyfriend named Fauzee. Fauzi+FARAH+Fauzee


jangan salah sangka. saya bukan la incredible hulk yang sebenarnya. baju ni memang da terbarai pun. saya hanya mendramatikkannya saja


see also

Saturday, July 24, 2010

Is It Cobaan Or Dugaan?

aku hantar baju aku yang sumpah da patut kena sental kaw-kaw kat dobi dan aku juga minta iron baju aku yang berwarna hijau. tapi masa tu aku betul-betul ingat baju hijau ada 1 je. lupa ada hantar cardigan warna hijau sekali. tapi kalau anda-anda semua la kan yang akan gosok 'baju warna hijau' aku tu, ad 2baju warna hijau which is 1blouse 1 lagi cardigan korg akan gosok yang mana? for sure la blouse kan? gah! terbang rm1.20

Wednesday, July 21, 2010

Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY, LOVE! I HEART YOU

been trying hard to call him. but failed to reach him out. frust menonggeng beberapa minit lalu tidur terbongkang dengan hati yang kecewa tahap kritikal lagi sikit nak kelar nadi

Tuesday, July 20, 2010

Fuh Mantra

movie time! we watched this movie


but before that, we headed to sg wang for the plan that we have planned which is get yourself pierced. fuhhh kiri. fuh fuh fuhh fuhh kanan

wataya think?

reference: http://wonderpets-nuyulaisywp.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

Saturday, July 17, 2010

Farah Who?

buat kesekian kalinya dalam hidup aku melihat bukan diri aku. aku berubah lagi. tapi kali ni daripada 'tak la hitam sangat pun' ke 'terus da tak hitam langsung da' pula


tapi still
(ter)baik hati nak belikan baju untuk kawan yang memang gila shopping tak kira musim harga naik mahupun turun mendadak. tak tahu macam mana boleh TERjanji dengan dia nak belikan baju untuk dia. mungkin sebab 'ala takat baju bundle je apekedehal la' kann. masalahnya sekarang aku bukan beli baju bundle untuk dia

Wednesday, July 14, 2010

Lemme Light Up Your Life

dulu i was like i-city? apa tuh? tapi sekarang

i-city kewl!









aku bersama-sama dengan orang-orang kesayangan telah menyerbu i-city tanpa menghiraukan yang kami ada kelas pagi keesokannya harinya. 1st time for all of us but dunno how many time for one of my loved ones. oleh kerana this one of my loved ones da tak jakun haha da banyak kali pergi i-city so officially dia la yang jadi pemandu dan tour guide untuk tour kami kali ni. oh ya lepas tu aku ada terperasan 'Kamal Adli'. jangan jealous youh:p tapi balik-balik nak cemburukan orang aku juga yang tercemburu sendiri. sebab my one of my loved ones ni rupa-rupanya da lepak dulu dengan this 'Kamal Adli' guy. she was like keep him for herself.. only!

okay enough of that(super jealous haha). agak lama ya kami kat situ. sampai baby i pun risau lalalaa. gerak balik dalam 3am. tapi singgah restoran baraa selama(akronim untuk sekejap) untuk menjamu super supper. ex-boyfie one of my loved ones(again her) pun ada join. makan tu makan ni. minum tu minum ni. gosip sana gosip sini. posing sana posing sini tu perlu. sampai la 5am tunggu one of my loved ones(again again her) hantar ex dia balik ke pangkal jalan. then masa nak balik tu pula boleh pula dia cakap macam-macam sebab her that ex cerita those scary movies to her. in the end she speeds. agak laju juga la dia bawa tau la peminat superbike. aku kat belakang da pucat muka siap mengucap 2kalimah shahadah lagi mana la tau kot-kot tak sempat nak mengucap ke kann



see also
i-city

Tuesday, July 13, 2010

Sorry. Not Interested

isu:

masalah "siapa yg nak jadi ketua umah"


semua orang was like "busy" "busy la" "semester ni busy la" termasuk aku pun. tapi aku bukan suka-suka pun nak cakap busy busy la semester ni busy la macam mereka-mereka sekalian tu. bukan suka-suka taknak tau. tapi sebab aku memang taknak pun hahha! aku tak percaya aku boleh control orang apa lagi remote control yang selalu je hilang lepas aku yang pegang. diri aku sendiri pun perlukan bimbingan ke jalan yang lurus lagi luas tapi rasanya in future jalan kecik pun da muat sebab da kurus la kunun. lastly decision was made up. orang kesayangan again will be the ketua rumah. kebetulan malam tu ada taklimat pengetua dan ketua rumah diminta supaya semua ketua rumah turun dan hadirkan diri. kebetulan lagi sekali juga my this loved ones ada kelas sampai 10pm. so da semua orang busy busy la semester ni busy la sangat aku pun merelakan la diri aku ini untuk mengabdikan duh wakilkan my loved ones or should i say wakilkan 1rumah? whatever tapi-tapi.. dapat kuponlah

Saturday, July 10, 2010

Kakak, Akak & Kak

aku boleh juga la nak dikatakan asyik berkepit jek dengan orang kesayangan aku yang lebih tua daripada aku. maka dengan itu ada la beberapa kali TERpanggil orang kesayangan yang sama umur tapi bukan sama saiz dengan aku AKAK

Thursday, July 8, 2010

Lawatan Budak-Budak Rumah 1E13 & 14

mula semester ni je aku bersama orang-orang kesayangan da keluar pergi KLCC







motif? nak tuntut sim card one of my loved one. her phone xpress music hilang. atau dalam kata lain kena curi. poor her. but now shes already got her new phone. what model, ask her yourself (cemburu ni)

oh did you notice that me at first wearing blue cardi but afterwards changing into black new cardi?


see also